Riadah Beliawanis UUM Meriah

Program riadah bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di  gelanggang bola jaring UUM. Sebelum memulakan perlawanan, peserta membuat pemanasan badan diketuai oleh saudari Salmi dan saudari Zulaikha.

Setelah memanaskan badan, peserta dibahagikan kepada dua pasukan yang kemudiannya memulakan perlawanan. Perlawanan bola jaring ini telah menunjukkan kehebatan dan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan peserta. Walaupun ada yang tidak tahu tentang syarat-syarat permainan, namun mereka tetap optimis untuk memenangi perlawanan tersebut.

Perlawanan bola jaring ini berlangsung selama hampir 45 minit di dalam 2 pusingan. Akhirnya kumpulan 2 telah menewaskan kumpulan 1 dengan jaringan 4 berbalas 3. Syabas kepada yang menang, bagi yang kalah usah berputus asa , lain kali cuba lagi.

Setelah penat bermain, semua peserta berkumpul di bawah pokok yang redup untuk sama-sama menikmati sandwich sardin dan air sirap yang disediakan oleh saudari Siti Fatimah dan peserta-peserta lain, kemudian diadakan juga sesi kenalan diri ringkas dan sedikit tazkirah dari saudarii Siti Fatimah.

Program berakhir pada jam 10.30 pagi. Peserta pulang bersama senyuman kerana pada hari ini bertambah lagi keakraban sesama muslimat setelah berhempas pulas untuk memenangi perlawanan ini. Moga program ini dapat menjadikan kita muslim yang lebih dicintai Allah. Bukankah muslim yang kuat itu lebih dikasihi dan dicintai oleh Allah?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top