Penyakit suka-suka ini membuatkan belia Muslim Malaysia bermudah-mudah meniru aktiviti dan cara hidup orang lain. Jika sesetengah kita berpendapatan sambutan valentine pada setiap 14 Februari ini sekadar ‘suka-suka’ sahaja… Ayuh kita kaji sendiri di mana asal usul sambutan ini. Apa yang kita bimbang ia bukan sekadar membuang duit dan masa tapi yang lebih parah lagi merosakan kesucian pentauhidan kita kepada Allah S.W.T. Berikut adalah watak-watak yang diserlahkan bila kita melihat sejarah sambutan ini iaitu Lupercalia, Paderi St. Valentine, Claudius II, Dewa Zeus & Hera, Putera Nimrod “the hunter” dewa Matahari. Tentu nama-nama ini begitu asing dengan Islam agama yang kita anuti tapi ia begitu hampir dengan penganut Kristian dan Rom kuno. Satu perkara yang tidak mungkin kita putuskan secara suka-suka. (tidak dibincangkan disini)
Ya! Kerana ia mengancam tatasusila ketimuran kita, merosakan zuriat masyarakat kita dan mengikis kelangsungan kemurnian aqidah generasi pewaris yang bakal mendoakan kita.
Oleh itu PEMBINA menyeru masyarakat Muslim Malaysia khususnya golongan belia untuk sama-sama mengubah budaya ini atas dasar berikut:-
1-Bagi yang baru mencuba-cuba membiasakan diri dengan sambutan hari kekasih ini demi menghargai teman anda yang dirasakan teman sejati di dunia dan akhirat itu ingatlah peringatan Allah s.wt ketika membersihkan Aishah r.a.h. (isteri Rasullulah s.a.w) dari fitnah kononya menjalinkan hubungan dengan seorang sahabat iaitu jaminan Allah s.w.t ‘Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah Nur 24: 26).
2-Perasaan anda yang tulus ikhlas boleh saja diambil kesempatan oleh pasangan anda atau sekurang-kurangnya oleh syaitan yang memperdaya anda berdua. Awas!!. PEMBINA menyeru agar sallurkanlah perasaan itu dalam ruang dan batas yang telah digariskan oleh syarak. “Dan adapun orang yang kikir dan merasakan dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah), serta mendustakan (pahala) yang terbaik. Maka akan kami mudahkan baginya jalan menuju kesukaran (Kesengsaraan). (Surah Al-Lail 8-10). Akal kita sahaja tidak mampu menentukan baik dan buruk. Mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t ketika menguruskan perasaan kita, jika tidak bencana bakal menanti kita ini janji Allah s.w.t.
Belia adalah harapan agama, bangsa dan Negara. Wajah belia hari ini ialah wajah agama, bangsa dan Negara kita pada hari esok.
Presiden
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)Nota: Fatwa pengharaman sambutan ini oleh Dr. Su`ad Ibrahim Salih, Profesor Fiqh di Universiti Al-Azhar boleh dirujuk di kolum Tazkirah di web ini.