PEMBINA Kelantan – Bersamamu Gaza

Program Masjid Telipot Kota Baharu, Kelantan (9 Jan)

Kira-kira 1000 orang jemaah solat jumaat di Masjid Telipot menyertai program ceramah oleh Dr Zainur Rashid Zainudin (Perunding Aman Palestin Berhad) yang berkaitan mengenai isu terkini di gaza. Ceramah berlangsung selama setengah jam selepas solat jumaat. Seramai 15 orang ahli PEMBINA IPT turut serta dalam mengedarkan risalah berkaitan Gaza. Selain itu kutipan derma khusus untuk dana palestin juga dikumpulkan pada hari itu. Selepas ceramah tersebut , bacaan doa dan simbolik bantahan terhadap Israel dilakukan di luar perkarangan masjid.

Program Ceramah Perkembangan Terkini di Gaza
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilampuri Kelantan

Seramai lebih kurang 500 penuntut di akademi ini dan sebilangan penuntut dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menyertai program ceramah ini yang juga disampaikan oleh Dr Zainur Rashid Zainudin. Program yang dirancang oleh Persatuan Belia Islam Nasional Malaysia PEMBINA IPT di akademi tersebut mendapat sambutan yang cukup baik oleh penuntut di akademi ini. Sebaran risalah dan kutipan dana juga dilancarkan ketika ceramah berlangsung. Alhamdulillah dengan usaha ini kita dapat menyedarkan mahasiswa Islam akan tanggungjawab kita terhadap saudara kita di Gaza. Program diakhiri dengan nyanian nasyid Islami Ya Quds dan bacaan doa oleh Ustaz Al-Hadi Bin Muhamad, YDP PEMBINA Negeri Kelantan.

Ceramah Malam Untukmu Palestin
Universiti Sains Malaysia, Kubang Krian, Kelantan

Minggu Penghayatan Islam yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Pelajar Islam USM telah menganjurkan malam untuk palestin yang mengundang wakil Aman Palestin Dr Zainur Rashid Zainudin. Selama 2 jam slot bersama palestin diperuntukkan pada malam tersebut. PEMBINA IPT Kelantan turut menyertai malam tersebut dengan mengedarkan risalah palestin dan kutipan dana palestin. Sejumlah sebanyak RM13,000 dana kutipan yang dikumpul sepanjang minggu penghayatan di kampus tersebut telah diserahkan kepada Dr Zainur Rashid Zainudin selaku wakil Aman Palestin. Program tamat pada jam 12.00 malam setelah selesai sesi soal awab bersama Dr Zainur. Sambutan yang menggalakkan oleh penuntut USM menyumbangkan kepada kesedaran masyarakat terhadap penderitaan dan airmata rakyat palestin.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top