Wahai Obama !

Diterjemah oleh:

Norzafry Norhalim

Media PEMBINA Pusat

 

Wahai Obama,

Kamu telah mengisytiharkan, “Seandainya seseorang menghantar roket ke rumah saya di mana dua anak perempuan saya sedang tidur di malam hari, pastinya saya akan membuat apa sahaja untuk menghentikan serangan itu, maka saya menjangka Israel pun akan melakukan tindakan yang sama.

Melindungi anak kamu?


Sudah pasti saya memahami hakikat itu. Tetapi seandainya kamu ingin berkata benar sepenuhnya, bukankah kamu patut menceritakan kepada anak kamu hakikat sebenar tentang rumah tersebut? Yang mana rumah itu telah kamu curi, termasuklah taman-taman dan kawasan sekitarnya? Bahawa kamu telah memaksa tuan rumah yang asal untuk keluar dan tinggal di kandang-kandang?

Kerana itulah sebenarnya apa telah yang Israel lakukan, mencuri tanah milik Palestin, memaksa rakyatnya untuk tinggal di Gaza atau sebagai pelarian di khemah-khemah. Seperti yang telah dijelaskan oleh kajian pakar sejarah Israel sendiri seperti Benny Morris.

Maka, wahai Obama, kamu tidak boleh berpura-pura dan tinggal dengan aman di dalam rumah yang dicuri, seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini! Satu soalan: adakah “Perubahan” yang kamu hebahkan termasuk mengulang kata-kata dusta yang dinyatakan oleh Presiden-presiden sebelum ini tentang rumah tersebut?

Terimalah ucapan aluan dari saya. Dan maklumkan kepada kawan-kawan kamu bahawasanya, di tanah Palestin ini, ada ruang untuk semua orang. Melainkan bagi sesiapa yang berpendapat bahawa agama dan warna kulit adalah satu masalah.

Michel Collon ( www.michelcollon. info )
13th of January 2009

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top