PEMBINA jayakan KEMM1511

Barisan VIP konvensyen, dari kiri Sdr Zaizul Azizi Zaman, Presiden PEMBINA; Ustaz Muhammad Fauzi, Naib Presiden II ISMA; En Abdul Rahman, Timb Presiden ISMA dan Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA. Turut kelihatan dalam gambar, Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden I ISMA dan Sdr Norzafry Norhalim, Timb Presiden PEMBINA. (Gambar ihsan MediaISMA)

Melaka, 29 Januari – Ahli-ahli PEMBINA dari semua peringkat di seluruh negara sekali lagi telah menjayakan penganjuran


program berskala mega selepas kejayaan penganjuran beberapa konvensyen lain berskala sama sebelum ini. Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka kali ini merupakan konvensyen anjuran Ikatan Muslimin Malaysia dengan kerjasama PEMBINA.

 

Dua bulan sebelum berlangsungnya acara ini, ahli-ahli PEMBINA seluruh negara telah mula mempromosikan program ini terutamanya di kalangan masyarakat belia dan mahasiswa, termasuk mempromosikan acara penting ini ke intitusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta berurusan secara rasmi dengan pihak hal ehwal pelajar dan pentadbiran, yang kemudiannya mendapat respon-respon positif dan sangat menggalakkan.

PEMBINA sebagai sebuah persatuan belia yang aktif sangat komited untuk menabur bakti kepada masyarakat terutamanya dalam membina generasi belia di Malaysia secara lebih proaktif dan kreatif ke arah menjadi generasi pimpinan harapan negara. PEMBINA sangat optimis bahawa tidak apa yang kurangnya pada generasi belia Islam di Malaysia untuk sama-sama bersaing secara sihat dalam semua aspek masyarakat. Belia yang berperibadi sihat, cemerlang dan berwibawa mampu memberikan sesuatu untuk kebaikan masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Majulah PEMBINA untuk generasi belia!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top