PEMBINA diiktiraf 5 Bintang oleh ROY

photo_2015-11-26_12-07-04

 

PUTRAJAYA, 25 Nov – Persatuan Belia Islam Nasional kini diiktiraf sebagai Persatuan bertaraf 5 Bintang oleh Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) siang tadi.

“Kami terpilih kerana berjaya mematuhi segala keperluan dan ketetapan yang digariskan oleh ROY dan kerana pelbagai aktiviti yang menarik dilaporkan”, ujar saudara Muhaimin, merangkap Pengerusi PEMBINA Cawangan Johor ketika ditemu ramah petang tadi.

“Anugerah ini sungguh bermakna kerana ia akan memperlihatkan bahawa PEMBINA merupakan NGO yang berprestij tinggi dan mencapai segala standard ROY. Tambahan pula, kita mempunya agenda yang besar dan aspirasi yang jelas, kejayaan kita hari ini akan memberi impak besar dalam gerak kerja kita” tambah beliau lagi.

photo_2015-11-26_12-06-54

 

Beliau menyarankan agar setiap ahli PEMBINA memastikan apabila kita melakukan suatu pekerjaan atau tugasan, buatlah sebaik mungkin sehingga mendapat pengiktirafan oleh orang lain. Hal ini kerana Islam mengajar ummatnya untuk mempunyai gerak kerja tersusun. Ia ibarat sebuah bangunan, jika ia mempunyai susunan bata yang tersusun, ia akan kukuh.

Cawangan PEMBINA yang mendapat pengiktirafan ini termasuklah cawangan Johor dan Samarahan (Sarawak).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top