Mahasiswa Diseru Sedari Tanggungjawab Terhadap Negara

Oleh: Muhammad Rusydi Muhammad Razif

Muhammad-Uzair-1

JOHOR BAHRU, 23 Nov – Belia Islam pada hari ini berhadapan dengan pelbagai masalah sosial. Baru-baru ini statistik menunjukkan kadar anak luar nikah mencecah 4,500 orang setahun. Di mana mahasiswa sekarang? Apakah capaian mahasiswa Islam pada hari ini?

Demikian ujar Naib Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Saudara Muhammad Uzair Izzat Amir Muhammad dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pembina Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT) di sini semalam.

“Ada dikalangan mahasiswa mengaku sebagai Islam tetapi menganggap semua agama sama. Ini merupakan salah satu contoh fahaman pluralisme yang telah meracuni pemikiran mahasiswa.

“Jadi, di sinilah peranan PEMBINA iaitu untuk menyelesaikan segala permasalahan ini dan bawa kembali mahasiswa untuk melaksanakan agenda yang sebenar,” katanya.

Beliau turut menyeru mahasiswa pada hari ini agar keluar daripada cita-cita mengejar pencapaian individu semata-mata dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa negara.

Katanya lagi, mahasiswa Islam sebenarnya mempunyai kekuatannya yang tersendiri iaitu jiwa kepemudaan yang sangat hebat, kesarjanaan dan keintelektualan yang tinggi. Pemegang PhD termuda di Malaysia adalah contoh kesarjanaan yang ada pada pemuda.

Tambahnya lagi, Pembina pada hari ini mengangkat slogan “Islam Gagasan Belia Negara” bagi merealisasikan 5 aspirasi PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top