Bangga akan Kejayaan Universiti Tanah Air

MBN

 

GOMBAK, 25 Nov – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengucapkan Tahniah dan Syabas buat 4 Universiti Awam (UA) yang telah berjaya tersenarai dalam 50 Universiti bawah 50 tahun terbaik dunia oleh Quacquatelly Simonds (QS). Kejayaan ini menjadi kebanggaan buat rakyat khasnya mahasiswa tanah air kita.

Hal ini jelas membuktikan bahawa sistem pendidikan kita setanding dengan universiti dunia.

“Mahasiswa perlu berasa berbangga dengan kejayaan ini dan terus menjadi proaktif mencapai kecemerlangan dan kesarjanaan di IPT masing-masing.” ujar saudara Azam Asri, Presiden PEMBINA Univesiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

“Mahasiswa janganlah memandang pendidikan negara kita sekadar pointer sahaja tapi merangkumi aspek praktikal, sahsiah dan kemahiran kendiri. Oleh itu, melalui penglibatan mahasiswa dalam hal-hal universiti, negara dan agama akan menghidupkan suasana kondusif di kampus. Kejayaan ini berlaku kerana kita mempunyai sistem yang baik. Namun, sistem yang baik pun, ia tidak bermakna jika mahasiswa hanya sekadar melihat sekeliling. Sebaliknya, mereka perlu menjadi proaktif dalam mencapai kecemerlangan” tambah beliau ketika ditemu ramah siang tadi.

“Saya juga ada menyedari bahawa ada segelintir mahasiswa mempunyai persepsi negatif terhadap kejayaan ini. Namun, bagi saya, mahasiswa sebegini perlu menilai semula apa yang dikatakan. Adakah sistem pendidikan negara kita TERLALU LEMAH sehingga melahirkan graduan yang mampu menyumbang kepada masyarakat? Sesetengah dari mahasiswa menganggap bahawa sistem pendidikan luar negara sentiasa dilihat sempurna sedangkan KPM mencuba yang terbaik untuk membangunkan pendidikan negara. Semua akhirnya berbalik pada mentaliti mahasiswa itu sendiri. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri” tambah beliau.

 

Azam Asri

Presiden PEMBINA UIAM Gombak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top