PEMBINA di BMI

bmi01

Pada 24 Mac yang lalu PEMBINA KL telah berpeluang membuka booth pameran sempena majlis perasmian program Sambutan Maulidur Rasul 1430H, Nadwah Penghayatan Islam yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur – British Malaysia Institute (UniKL-BMI). Program yang bertemakan ‘Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah’ itu telah diadakan di Dewan Gemilang BMI dan dihadiri oleh para mahasiswa dari BMI, UIA dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Gombak. Kehadiran artis jemputan khas Ust Nazrey Johani bekas ahli kumpulan Raihan yang menyampaikan nasyid dan beramah mesra dengan para audiens telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Booth PEMBINA yang dibuka di bahagian belakang dewan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar sebelum majlis perasmian bermula sehinggalah semua hadirin meninggalkan dewan. Rata-rata pelajar yang datang ke booth tersebut menunjukkan minat untuk menyertai program PEMBINA dan telah mendaftar sebagai sukarelawan. Sebahagian ajk program juga telah ringan tulang membantu PEMBINA mengedarkan pamphlet taaruf sehingga semua yang pamphlet yang disediakan habis diberikan kepada para hadirin. Sejuta penghargaan diucapkan kepada mereka semua.

PEMBINA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah berbesar hati menjemput PEMBINA untuk mengadakan pameran pada program tersebut dan menganggap ia sebagai satu permulaan yang baik untuk memperkenalkan PEMBINA di BMI. PEMBINA juga berharap pihak penganjur sudi menjemput PEMBINA lagi pada program lain di masa-masa akan datang. Majlis tersebut telah berakhir dengan baik kira-kira jam 11.00 malam.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top