PEMBINA Corner d' STABAZ

stabz03

Bersempena Majlis Konvokesyen ke-25 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Convocation Fiesta 2009 (Convest ‘09) yang lalu, Pembina KL melalui cawangannya di UIA telah mengorak langkah setapak ke hadapan dengan mengambil bahagian dalam salah satu program yang diadakan iaitu Stall and Bazar ‘09 (Stabaz ‘09). Dalam program ini Pembina KL telah membuka sebuah gerai yang beroperasi selama enam hari bermula dari 8 hingga 13 Oktober bertempat di Convest Hill, UIA. Gerai yang dinamakan sebagai Pembina Corner ini menjual makanan dan minuman seperti nasi lemak, nasi ayam berempah, chocolate moist, muffin, float dan ice blended.

stabz06

stabz05

stabz02

Selain bertujuan untuk menjana ekonomi Pembina, objektif yang disasarkan daripada gerai Pembina Corner termasuklah untuk merapatkan hubungan antara ahli dan sukarelawan Pembina serta melatih mereka tentang teknik-teknik berniaga dan bermuamalah dengan pelanggan. Ia juga menjadi medium untuk memperkenalkan Pembina kepada warga UIA dan mempromosikan program-program yang bakal dianjurkan oleh Pembina KL pada masa hadapan.
Majlis konvokesyen pada tahun ini yang telah berlangsung pada 10-12 Oktober meraikan lebih 4000 graduan peringkat ijazah dan pasca ijazah. Program ini dianjurkan oleh pihak UIA dengan kerjasama majlis perwakilan pelajar UIA.

stabz04

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top