PEMBINA bakal ditubuhkan di UiTM Seremban 3

SEREMBAN, 15 Mac- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bakal ditubuhkan di UiTM kampus Seremban 3, berikutan pertemuan singkat wakil (PEMBINA) UiTM Shah Alam dengan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM kampus Seremban.

Menurut saudari Nur Nazura Salim pertemuan ini merupakan satu permulaan bagi penubuhan PEMBINA di kampus baru ini, memandangkan ramai ahli PEMBINA dari UiTM Shah Alam telah berpindah ke sini.

“Kita melihat satu kepentingan untuk menubuhkan PEMBINA di sini (kampus Seremban 3) memandangkan ramai ahli pembina yang telah berdaftar, jadi kita mahu ahli PEMBINA terus mendapat manfaat dari program yang di anjurkan”, ujarnya yang merupakan Naib Presiden PEMBINA UiTM Shah Alam.

Manakala Saudari Faizah Hanim Zainuddin turut menyambut baik penubuhan PEMBINA di kampus tersebut. “Penubuhan PEMBINA di sini merupakan satu langkah yang baik yang mana pelajar boleh bergiat aktif dalam persatuan”, katanya yang merupakan wakil MPP dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP).

Pada pertemuan selama dua jam tersebut, turut membawa wakil PEMBINA melawat kawasan sekitar kampus.

Kampus yang memulakan operasinyapada tahun ini boleh memuatkan 5000 pelajar ijazah dan diploma yang menempatkan tiga buah fakulti, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), FSPPP dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR).

3 thoughts on “PEMBINA bakal ditubuhkan di UiTM Seremban 3”

  1. anwar ismail

    satu langkah yang tepat menubuhkan pembina di kampus seremban 3
    wadah dakwah itu luas 😀

  2. muhammad hafizuddin

    alhamdulillah…diharapkan agar pembina membuat banyak program di kampus baru ini agar islam terus ditekankan di kampus ini…^_^

Leave a Reply to muhammad hafizuddin Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top