Titikberatkan pemakanan untuk miliki tubuh badan yang sihat

GOMBAK, 19 Jan – Memiliki tubuh badan yang sihat adalah penting bagi setiap mukmin dengan menitikberatkan soal pengambilan makanan, kata Puan Shazamawati yang merupakan ahli Biro Tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Selaku Penyelidik Pemakanan, Puan Shazamawati turut mengingatkan peserta Festival Beliawanis Nasional mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Hal ini kerana amalan pengambilan makanan harian amat berkait rapat dengan aktiviti seharian yang dilakukan oleh seseorang itu.

Beliau turut berkongsi petua pemakanan yang sihat kepada peserta Festival Beliawanis Nasional dalam slot forum. Antaranya ialah:

[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]

  • Mengekalkan berat badan dengan mengambil makanan yang mencukupi sesuai dengan aktiviti harian
  • Melazimi pengambilam kekacangan, sayuran dan buah – buah
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan
  • Mengambil garam secara sederhana
  • Mengurangkan gula dalam makanan dan minuman
  • Minum 6 hingga 8 gelas air sehari
  • Mengamalkan pemberian susu ibu sepenuhnya kepada anak – anak.

[/colored_box]

Festival Beliawanis Nasional yang bertemakan  “Membina Jatidiri, Memberi Inspirasi” ini merupakan sebuah program anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang dilaksanakan khusus untuk golongan beliawanis bagi membincangkan isu-isu berkenaan wanita.

Wartawan: Hasanah Hussin

Editor: Nurnaima Zainuddin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top