Jati diri kuat mampu tangkis fitnah

GOMBAK, 19 Jan –Berbekalkan niat yang jelas kerana  Allah S.W.T  serta mempunyai  jati diri  yang kuat, para beliawanis seharusnya  mampu menangkis segala fitnah dan cabaran yang terdapat di tempat kerja, jelas Puan Mastura bt Mohd, Penyelidik Industri Minyak & Gas.

Prinsip yang jelas inilah dipegang oleh Puan Mastura bt Mohd yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa Media Wanita, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Menurut beliau lagi, wanita yang bekerjaya  kini berhadapan dengan cabaran dalam pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang sering berlaku dalam kerjaya profesional terutamanya.

Berdasarkan pengalaman dalam ruang kerja yang majoritinya terdiri daripada kaum lelaki, beliau menegaskan kepada para beliawanis agar bijak dalam memilih kerjaya.

Beliau turut berkongsi beberapa tips dalam menjaga jati diri apabila berhadapan dengan cabaran kerjaya yang sangat mencabar.

“Pemilihan kerjaya yang tepat mampu memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat serta dapat mengelakkan diri daripada bergelumang dengan perkara maksiat,” katanya.

Selain itu, keseimbangan antara kerjaya dan mendidik anak-anak perlulah dititikberatkan supaya generasi akan datang mendapat didikan terbaik daripada ibu bapa itu sendiri, tambah beliau lagi ketika menjadi panelis forum ‘Membina Jati Diri, Memberi Inspirasi’ semasa Festival Beliawanis Nasional.

Wartawan: Nurul Hidayah Saad

Editor: Nurnaima Zainuddin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top