Pelajar UiTM Tolak COMANGO dan Konsert Liar

SHAH ALAM, 20 MAC- Rata-rata 1000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Puncak Perdana yang hadir ke Forum COMANGO, Pengkhianat Negara menolak COMANGO dan konsert liar apabila ada antara mereka yang ditemui menyatakan bantahan terhadapnya.

“Alhamdulillah bertambah ilmu saya, walaupun pernah mendengar ceramah ini tetapi dengan kupasan dari panelis yang berlainan memberikan ilmu yang baru kepada saya tentang COMANGO”, ujar Muhamad Hafiz b Shamsuddin yang ditemui malam tadi selepas Forum COMANGO, Pengkhianat Negara di Masjid Sultan Mizan, UiTM.

Disamping itu juga Hafiz turut mengulas mengenai kes kematian peserta Future Music Festival Asia (FMFA) akibat penggunaan dadah.

“Sebenarnya, bukan enam orang  sahaja tetapi ramai anak muda Islam yang tidak tahu jatidiri akhirnya  terjebak dengan perkara itu”, tambahnya lagi.

Hafiz juga memuji usaha PEMBINA sebagai organisasi belia yang aktif memberikan info – info berkaitan ancaman terhadap Islam.

Nur Diyana Bt Abu Bakar,  juga merasakan bagus untuk ganerasi muda tahu tentang ancaman-ancaman ini agar belia boleh berhati-hati dengan mana-mana persatuan yang ingin disertai.

Diyana juga turut merasakan kematian remaja Islam di FMFA tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“sebagai seorang remaja muslim, kita tidak perlu pergi ke tempat tersebut dan sebagai belia Islam perlu ada jatidiri”, ujarnya yang merupakan pelajar Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur (FSPU).

“Walaupun kita tidak boleh menyalahkan pihak penganjur sepenuhnya, tetapi perkara ini perlu dicegah agar tidak berlaku di masa hadapan”, tambah Nur Ain binti Suhaimi.

IMG-20140322-WA0006

Forum anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UiTM dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ini  menampilkan panelis dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Salman Al-Farisi, Saudara Fahmi bin Baharudin, PEMBINA dan Assoc. Profesor  Hj Mohd Nor Mamat, ACIS.

 

Nursabihah Mohtar,

Wartawan PEMBINA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top