PASRAH VS REDHA?

Pasrah dan redha, dua perkataan yang tidak asing kita dengar, terutamanya di dalam adegan sedih dalam kebanyakan drama-drama melayu. Tetapi bila disebutkan kedua-dua perkataan ini adakah kita benar-benar memahami maksudnya?

Kalau kita buka Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pasrah didefinisikan dengan menyerah, sebagai contoh menyerah diri atau jiwa terhadap sesuatu keadaan yang berlaku. Perkataan redha pula dimaksudkan dengan penerimaan seseorang terhadap sesuatu yang terjadi dengan ikhlas atau dengan rela hati terhadap apa yang telah ditakdirkan.

Bagi mendalami maksud pasrah dan redha ini, mari kita telusuri situasi berikut.

Ali dan Budi telah disahkan oleh doktor bahawa mereka berdua positif terinfeksi virus Covid-19, dan mereka ditempatkan di hospital yang berdekatan. Ali dan Budi berasa sangat sedih dengan keadaan diri mereka, kerana penyakit baharu itu belum ada pengubatnya dan sepanjang tempoh kuarantin mereka tidak boleh menerima lawatan daripada sesiapa termasuk ahli keluarga mereka sendiri.

Ali sering menyatakan bahawa dia pasrah akan apa yang terjadi. Ali termenung sepanjang hari mengenangkan nasibnya, dan merasakan bahawa dirinya tiada harapan lagi untuk hidup.

Manakala Budi pula redha dengan keadaan dirinya dan ikhlas menerima takdirnya. Budi berusaha untuk menggunakanpeluang dan masa yang ada dengan baik. Budi yakin hidup mesti diteruskan dengan sebaik-baiknya, malah Budimengambil peluang yang ada untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Berdasarkan situasi diatas, dapat kita bezakan antara pasrah dan redha. Sekiranya seseorang itu pasrah dia akan menzahirkan sikap yang pesimis dan jika seseorang itu redha dia akan menzahirkan sikap yang optimis.

Seperti yang kita semua tahu, seluruh penduduk dunia sekarang ini sedang merasa takut, terancam dan mungkin juga ada yang sudah berputus harapan akibat dahsyatnya penularan wabak maut yang digelar Covid-19 ini. 

Dalam keadaan yang tertekan seperti ini, kita seharusnya bijak dalam mendidik diri kita supaya tetap optimis dalam menangani situasi yang berat. Janganlah kita pasrah dan mengambil keputusan untuk duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Pasrah hanya menjadikan diri kita lemah dan tidak bermatlamat. Sikap ini juga akan menghadkan potensi diri kita untuk menjadi lebih baik.

Kita semua tahu sikap pasrah dan redha adalah satu pilihan, tetapi pilihlah redha kerana apabila kita memilih untuk redha, kita akan sentiasa bersyukur terhadap kurniaan dan nikmat Allah. Kita seharusnya sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana setiap apa yang terjadi dan setiap musibah yang menimpa disebaliknya pasti ada hikmah.

โ€œPatutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? โ€(Surah Al-Ankabut: 2)

Ditulis oleh: Nirwana Binti Maamun Bendahari PEMBINA Batu Pahat

1 thought on “PASRAH VS REDHA?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top