Nilai Impian, 9-13 Mac – Para beliawanis PEMBINA di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan sambutan Minggu Integriti Pelajar USIM 2010 peringkat asrama di Kolej Kediaman Nilam Court yang berlangsung selama 5 hari. Antara aktiviti yang diadakan ialah jualan PEMBINA yang bertujuan untuk memperkenalkan PEMBINA sebagai persatuan belia yang berupaya menjadi wadah untuk penglibatan mahasiswa menjana potensi diri dan menabur bakti di peringkat USIM. Pelbagai jenis barangan telah dijual termasuklah buku-buku, cenderamata PEMBINA, tudung muslimah dan lain-lain lagi.
Kemuncak Minggu Integriti Pelajar USIM 2010 ini telah diisi dengan ceramah Maulidur Rasul pada 13 Mac yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sofee bin Mustafa, Pensyarah Kolej UNITI merangkap Pengerusi PEMBINA Port Dickson. Tajuk ceramah beliau ialah “Integriti Rasulullah Teladan Sepanjang Zaman.” Penceramah kerapkali mengingatkan para hadirin supaya membudayakan akhlak Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian di samping menyematkan rasa cinta kepada Baginda. Jika tidak, sambutan Maulidur Rasul ini tidak memiliki apa-apa nilai kerana objektif sambutannya tidak tercapai.
Di penghujung majlis penutup Minggu Integriti Pelajar USIM pada malam tersebut, para hadirin dihidangkan dengan video yang mempromosikan PEMBINA sebagai persatuan belia. Mudah-mudahan dengan terlaksananya aktiviti jualan dan ceramah Maulidur Rasul ini dapat melonjakkan nama PEMBINA di kalangan mahasiswi USIM. Dengan itu juga, diharapkan agar PEMBINA USIM semakin rancak menganjurkan program demi program selepas ini.