29 April 2010, Khamis – PEMBINA telah diberi peluang untuk turut memberi pandangan dan penjelasan dalam satu forum ‘ASEAN LOGICS KUALA LUMPUR 2010’ bertempat di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Gombak. Forum yang dihadiri oleh perwakilan Negara-negara ASEAN ini merupakan satu siri persidangan untuk menjalinkan hubungan di antara belia dari Negara-negara tersebut yang telah bermula sejak 2 February 2010 yang lalu. Selain wakil delegasi daripada negara-negara ASEAN, wakil-wakil NGO belia dan pelajar-pelajar daripada institusi pengajian di Malaysia turut hadir ke Majlis Perasmian Penutup ini dan berjumlah lebih 300 orang. 3 orang wakil PEMBINA turut sama hadir ke majlis ini iaitu Tuan Presiden, Zaizul Azizi b Zaman, Timbalan Presiden, Engr. Hj. Norzafry B Norhalim dan Naib Presiden I, Ustaz Ibrahim B M Hasan.
Dalam slot forum pertama PEMBINA dengan diwakili oleh Timbalan Presiden, Engr.Hj. Norzafry B Norhalim telah diminta untuk menjelaskan konsep penyatuan Negara-negara ASEAN dari perspektif islam dan peranan NGO ke arah merealisasikan “ASEAN Community pada tahun 2015”. Dalam sesi soal jawab, antara persoalan yg ditimbulkan adalah cabaran untuk memupuk kesedaran integrasi antara pelajar ASEAN, kestabilan politik dan peranan NGO terhadap isu selatan Thailand. Wakil dari PEMBINA turut disertai oleh Presiden dan Naib Presiden I. Majlis tersebut bersurai pada jam 4.30 petang. Di harap agar program ini berjaya mencapai matlamat yang disasarkan terutamanya dalam membawa agenda Negara ASEAN ke tahap yang lebih tinggi dari sudut kesatuan dan kerjasama. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Sdr. Akmal Saufi b Mohamed Khaled dari WAWASAN Club UIAM dan panel ke-2 pula ialah Sdri Rabiatul Adawiyah dari MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sesi petang pula telah diisi dengan satu lagi forum yang dikendalikan oleh Prof Ishtiaq Hossein dari UIAM. Panelis ialah Dr Farish Noor dari Nanyang Technological University (NTU) Singapore dan Sdr. Ibrahim Sani, bekas pelajar UIAM. Forum ini pula menyentuh tentang konsep gerakan belia dalam merealisasikan ASEAN Community dan permasalahan sekitar gerakan belia masakini.
Majlis Perasmian Penutup telah bermula pada jam 430pm dan dihadiri oleh Tan Sri Syed Hamid b Syed Jaafar Albar, mantan Menteri Luar Negara yang berpengalaman mengendalikan isu gagasan ASEAN. Turut hadir ialah Dekan Fakulti Islamic Revealed Knowledge (IRK), Dr. Badri Najib Zubir.
Semoga para perwakilan ASEAN dan para hadirin majlis dapat mengambil manfaat dalam majlis tersebut. PEMBINA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pihak penganjur ASEAN LOGICS 2010, WAWASAN Club UIAM, di atas kejayaan penganjuran dan jemputan untuk PEMBINA ke majlis tersebut.