Mesyuarat Agung Tahunan UIAM Gombak

GOMBAK, 5 Nov –PEMBINA Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(PEMBINA IIUM Chapter) telah mengadakan mesyuarat tahunan dan sekaligus menyambut ulang tahun pendaftaran PEMBINA IIUM Chapter  buat kali pertama. Mesyuarat ini telah dilaksanakan di Mini Auditorium UIAM dengan bertemakan “Setahun Terbina, Selamanya Bersama”. Tema ini dipilih adalah sebagai harapan PEMBINA IIUM Chapter buat para belia dan beliawanis di bumi UIAM agar terus bersama-sama membina peribadi Muslim yang sebenar dan terus menyuburkan taman ilmu dan budi ini dengan akhlak –akhlak islami.

            Sejarah kewujudan PEMBINA di kampus UIAM Gombak bermula pada tahun 2007 dimana ia dimulakan melalui idea dan perancangan sekumpulan belia dan beliawanis yang merupakan ahli Persatuan Belia Islam Nasional, sebuah NGO dakwah di Malaysia. Atas dasar ingin melihat bumi UIAM terus dipenuhi mahasiswa dan mahasiswi yang mantap dari segi jati diri dan kerohaniannya. Dengan izin Allah, tanggal oktober 2011, warga kampus UIAM Gombak dihadiahkan dengan kehadiran PEMBINA IIUM Chapter sebagai salah satu wadah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah.  

            Antara VIP yang menghadiri majlis ini ialah penasihat PEMBINA UIAM Puan Zaharah merangkap Ketua Wanita ISMA Gombak, Saudari Anis Sakinah Binti Rosli Penolong Setiausaha PEMBINA Pusat, Saudara M hafez M yusuf merangkap Ketua cawangan Gombak dan Shazwin Hassan merangkap Ketua Beliawanis Gombak. Majlis ini bermula pada pukul 9.15 malam dan dimulai dengan bacaan al-quran daripada saudara  Khairi Mohd Sani salah seorang aktivis UIAM. Setelah itu majlis diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua cawangan Gombak, persembahan multimedia, pembentangan laporan tahunan, ucapan bekas presiden, cabutan bertuah dan pelancaran `loyalti card` kepada ahli PEMBINA yang berdaftar, pengumuman dan perlantikan jawatankuasa sesi 2012/2013 dan disusuli dengan sesi pemotongan kek sempena sambutan ulang tahun pertama PEMBINA UIAM. Di samping itu, majlis juga dimeriahkan lagi dengan penganugerahan kepada biro terbaik, tokoh mithali dan graduan ahli PEMBINA UIAM.

            Justeru itu, harapan PEMBINA IIUM Chapter kepada para belia dan beliawanis UIAM agar dapat meneruskan aktivisme untuk ummah dan semoga kita mempunyai jawapan di akhirat kelak tatkala ditanya bagaimana masa muda kita telah digunakan. Majlis ini telah diakhiri dengan satu rangkap pantun, tasbih kafarah dan surah Al-Asr. Pantun tersebut berbunyi seperti dibawah:

Burung Merpati di atas para,

Menjadi Permainan Si Anak Jawa,

Mari beraktivisme Bersama PEMBINA,

Terus Meneraju Arus Mahasiswa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top