Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan ke-5 PEMBINA Berlangsung dengan Jaya

Bangi, 11 Februari 2012 – Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kali ke-5 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Budiman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Seramai 99 orang perwakilan dan 50 orang pemerhati daripada cawangan seluruh Negara telah menghadiri mesyuarat tersebut. Majlis turut dihadiri mantan Presiden PEMBINA , Dr Kamil Tohiran dan Zaizul Azizi sebagai tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-quran dan diikuti oleh ucaptama Presiden PEMBINA sesi 2011/2012, saudara Norzafry Norhalim

Mesyuarat agung kali ini turut dimeriahkan dengan upacara pemotongan kek sempena sambutan ulangtahun PEMBINA yang kelima serta upacara perasmian lagu rasmi PEMBINA, ‘Bersatu Belia’. Lagu tersebut dinyanyikan oleh hadirin dengan diiringi kumpulan nasyid PEMBINA, Sohwah.

Selain itu, cenderahati telah diberikan kepada ahli yang bertuah dengan nombor keahlian ke-1000 sebagai satu simbolik bagi pelancaran keahlian terbuka yang telah diluluskan oleh pihak Registrar Office Youth (ROY) baru-baru ini.

Agenda mesyuarat  berlangsung dengan lancar dengan sesi pembentangan laporan aktiviti PEMBINA sepanjang tahun 2011, pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2011 serta pembubaran jawatankuasa PEMBINA 2011. Satu jawatankuasa baru telah dilantik untuk meneraju tampuk kepimpinan bagi sesi 2012 dan berikut merupakan senarai mereka yang terpilih:


Presiden : Ibrahim Hasan

Timbalan Presiden : Azril Hanafi Sharwani

Naib Presiden I : Abdul Hakim Adzman

Naib Presiden II : Norhamimah Ibrahim

Ahli Jawatankuasa 1 :   Muhammad Uzair Izzat Amir Muhammad

Ahli Jawatankuasa 2 :   Salman Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa 3 :   Roszida Kamaruddin

 

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Presiden PEMBINA yang baru dilantik dengan ucapan yang menyatakan harapan beliau kepada ahli-ahli pembina seluruh Negara.

Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa yang baru dilantik. Semoga PEMBINA dapat memacu aktivisme belia dengan lebih mantap dan berkesan pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top