Menuju Puncak – Khadijah Afifah

Sedar tidak sedar kita sudah sampai pertengahan ramadhan. Ada yang gembira menanti aidilfitri, ada yang teruja meniti lailaltulqadar dan ada juga yang menangisi 10 ramadhan yang telah berlalu.

Kemuncak ramadhan sudah dekat, justeru yang sepatutnya menjadi kerisauan daie ialah berapa tangga TAQWA yang telah mula didaki? Hakikatnya TAQWA itu tidak boleh meluncur seperti jet ski.

Cuba kita ukur sepanjang 30 hari. Berapa banyak perbuatan-perbuatan harus telah kita tinggalkan? Adakah semakin hari semakin berkurangan? Adakah kaedah pendakian kita mampu untuk konsisten 11 bulan hijriyah nanti? Renungkan dan Amal!

Pegang kata-kata Ubay Bin Ka’ab r.a. bahawa taqwa itu ibarat berjalan di atas tempat yang penuh duri. Waspadalah menuju destinasi paling tinggi kerna pintu syurga telah pun menanti untuk sang daie.

 

Oleh:

Khadijah Afifah
Bendahari PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top