PENTINGNYA PEMAKANAN HALALAN TOYYIBAN

COVID-19: Pentingnya Pemakanan Halalan Toyyiban

Satu dunia kini menghadapi masalah jangkitan virus penyakit saluran pernafasan (Coronavirus Disease 2019-COVID-19) bawaan virus Corona n-CoV. Virus ini mula dikesan di Wilayah Wuhan, China pada sekitar penghujung tahun 2019 yang lalu. Hingga kini, (2 April 2020, Jam 3.10pm) virus ini telah menjangkiti  857,629 orang  dan telah meragut 42,109 nyawa  manusia  di  seluruh  dunia.  Pertubuhan  Kesihatan  Sedunia  (WHO)  telah mengisytiharkan darurat kesihatanawam global pada 30 Januari 2020 bagi menangani wabak ini.

Negara kita Malaysia turut tidak terlepas dari menghadapimasalah virus ini. Sejak 18 mac 2020 yang lalu hingga 14 April 2020, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan PerintahKawalan Pergerakan  (PKP) di seluruh negara bagimemutuskan rantaian jangkitan virus ini. Langkah ini pentingdalam memastikan rakyat Malaysia selamat dari penyakitbawaan virus ini. Hingga kini (4 April 2020, Jam 5.00PM) Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan(CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan jumlahkeseluruhan kes jangkitan COVID-19 ini di Malaysia adalahseramai 3,116 pesakit dan seramai 50 orang telah meninggaldunia.

Suka penulis kongsikan di sini adalah Virus corona inisebenarnya dari haiwan. Virus ini bersifat zoonotic dan bolehmenjangkiti manusia. Masalah yang timbul kini adalah orang yang telah dijangkiti, boleh menjangkiti orang lain. (human-to-human).

Hasil bacaan penulis mendapati Virus Corona ini, muladikesan menjangkiti manusia sejak pertengahan 1960-an lagi. Terdapat 7 spesis virus ini yang boleh mengangkiti manusia. Namun, hanya 3 sepsis yang terkenal kerana mampuberjangkit kepada manusia kepada manusia adalah: 1. SARS-CoV (Virus Corona Beta yang menyebabkanSindrom Pernafsan Akut yang Teruk-SARS)2. MERS-CoV (Virus Corona Beta yang menyebabkanSindrom Pernafasan Timur Tengah-MERS)3. SARS-CoV-2 ( Virus Corona yang menyebabkanCOVID-19)

Apabila berbicara mengenai SARS-CoV-2 ini, kajian genommendapati Virus Corona ini mempunyai persamaan hampir85% dengan genom virus corona yang telah dijumpai pada kelawar. Pelik bukan bagaimana virus dari kelawar bolehmenjangkiti manusia sekiranya manusia tidak mempunyaihubungan dengan haiwan tersebut?

Itulah yang berlaku. Ada kebarangkalian manusia telahmemakan kelawar yang telah dijangkiti sebagai makananekszotik. Di sini penulis ingin bawakan ayat al-Quran darisurah al-Baqarah; Ayat 168:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejaklangkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialahmusuh yang terang nyata bagi kamu.”

Ingin penulis bawakan hati kita semua untuk kembali kepadaal-Quran sebagai pedoman kita. Percayalah penyelesaiankepada kemelut ini adalah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bukan sahaja untuk kebaikan umat islam tetapijuga boleh dirasai oleh semua manusia. Kerana itu, Islam adalah rahmatan lil alamin. Dalam kes ini, kita patutmengalakkan pemakanan yang halal lagi baik dan pada masa yang sama makanan dari sumber yang merbahaya dan meragukan seperti makanan ekszotik seperti ular, kelawar dan pelbagai lagi binatang buas yang lain perlu dicegah dari awal.

Sebagai penutup, penulis menyeru agar semua rakyatMalaysia untuk bersama-sama berganding bahu patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan dengan duduk di rumah dan hanya keluar jika keadaan memerlukan. Ketikaduduk di rumah amalkan pemakanan yang halal, sihat dan baik agar kita dapat meneruskan kehidupan kita dengan lebihbaik lagi selepas wabak ini berakhir. Percayalah ini hanyalahgerhana, bukan terbenamnya matahari. Bersabarlah sedikitmasa, demi kesejahteraan kita bersama di masa depan.

Wan Mohd Amir,

Pelajar Halal sepanjang masa

Bacaan: 1) Al-Quran                                    2) https://www.cdc.gov/coronavirus/types.html 3) https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/khutbah-jumaat?layout=edit&id=129             4) https://www.thelancet.com/journals/lanplh/article/PIIS2542-5196(20)30032 2/fulltext 5) https://www.worldometers.info/coronavirus/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top