Majlis Sambutan Aidilfitri PEMBINA dan ISMA Johor

JOHOR BAHRU, 26 September 2010 – Alhamdulillah! Bertempat di Perkarangan Surau JPJ, Taman Daya, Johor Bahru,  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor dengan kerjasama PEMBINA Johor telah berjaya melangsungkan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Penulisan Cerpen, Sajak dan Melengkapkan Slogan  Tahun 2010. Majlis yang telah disambut dengan meriah ini dihadiri oleh ramai pengunjung bukan sahaja daripada kalangan ahli-ahli ISMA dan PEMBINA, malah penduduk setempat dan juga para pelajar dari  beberapa institusi pengajian tinggi yang berdekatan.

Para pengunjung telah mula menghadiri majlis selepas selesai solat Zohor dan majlis dimulakan dengan jamuan makan hari raya. Antara menu yang menjadi tarikan utama pada majlis berkenaan ialah kambing golek, sate, laksa, kuih muih dan berbagai jenis hidangan yang lain. Majlis penyampaian hadiah dimulakan kira-kira pada pukul 3.00 petang sebaik sahaja ucapan Yang Dipertua ISMA Johor, Tn. Hj. Mohd Tahir bin Hamdan dan juga Pengarah Program, En. Mohd Azman Bakri selesai. Berikut merupakan keputusan pertandingan. Pihak PEMBINA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat semua yang menghantar karya untuk dipertandingkan. Kepada yang berjaya Syabas diucapkan, bagi yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang. Pemenang yang berjaya menerima hadiah berupa wang tunai, buku dan novel sumbangan Alaf 21, syarikat PTS dan JemariSeni seta hadiah iringan berupa cenderahati PEMBINA Johor. Berikut merupakan keputusan pertandingan:

 

_____________________________________________________

 

 

 

PEMENANG PERTANDINGAN PENULISAN ANJURAN PEMBINA JOHOR

KATEGORI CERPEN

PERTAMA

Khairiah bt Othman, UTM Skudai,Johor   –   KASIH KE SYURGA

KEDUA

Fitri Ezwan b Ahmad Baki, Monash University  –  CERITA AKU

KETIGA

Norashiken bt Shamsuddin, Pontian, Johor  –  NODA SEMALAM

 

 

KATEGORI SAJAK

PERTAMA

Hazirah bt Mohd Kamel, Universiti Malaya, Kuala Lumpur  –  TANGIS BAHAGIA DERITA

KEDUA

Ahmad Khir Ahmad Humairi, Universiti Darul Iman Malaysia –  CERITA LORONG SUNYI

KETIGA

Mohd Saipuddin Suliman, UKM Bangi, Selangor  –  SUJUD

 

 

KATEGORI SLOGAN

PERTAMA

Nur Fatimah Zaharah bt Ahmad, Universiti Sains Islam Malaysia ,  Nilai, Negeri Sembilan.

SAGUHATI

Roshimah bt Kassim, Batu Burok, Terengganu

Asveranna bt Asidi, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak.

Mahfudzah bt Zulemly, Shah Alam, Selangor

Muhammad Najib bin Yusoff, Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan, Pahang

Nur Fatimah Zaharah bt Ahmad, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan

_____________________________________________________

 

 

 

 

 

Disamping menikmati juadah yang disediakan, para pengunjung telah mengambil kesempatan yang ada untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim. Majlis diteruskan dengan solat Asar berjemaah dan juga tazkirah dari padaUstaz Mohd Fuad Zaki dan diakhiri dengan persembahan nasyid dan juga gotong royong.

Adalah menjadi harapan pihak penganjur amnya dan ahli PEMBINA khasnya untuk ahli-ahli PEMBINA dan para pengunjung menjadikan majlis seumpama ini sebagai salah satu wadah untuk mempereratkan lagi hubungan dan menjalin mahabbah antara satu sama lain. Harapan ini turut juga disuarakan oleh YDP ISMA Johor, Tn Hj. Mohd Tahir yang dalam ucapannya antara lain menyarankan umat Melayu Islam di negara ini untuk bersepakat dalam segala hal. Umat Melayu Islam, menurutnya perlu bersatu bagi mendaulatkan agama Islam di tanah air yang tercinta ini.

Sekalung tahniah buat pihak penganjur dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua hadirin yang hadir bagi memeriahkan majlis . Pihak penganjur memohon kemaafan di atas kesalahan dan kekurangan di sepanjang majlis.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top