Mahasiswa Perlu Hidup Beragenda – Dr. Badrulhisham


BANGI, 13 April – Demikian menurut Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik & Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz bahawa mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia seperti sudah tiada lagi agenda besar yang ingin diperjuangkan.

Menurut beliau lagi, pada sudut keseimbangan pembangunan negara arus sebegini adalah suatu perkara yang serius dan membimbangkan dalam menyusun pelapis pimpinan yang sedia ada dengan lebih berkualiti.

Golongan mahasiswa sepatutnya membawa nafas baru serta agenda yang lebih matang demi kebaikan negara sendiri di samping memastikan negara terus relevan untuk memacu Wawasan 2020 dan seterusnya, ujar beliau.

Jawatankuasa Pusat Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) berkesempatan beramah mesra bersama TNC UMP, Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan membincangkan hala tuju belia masa kini.

Turut hadir pada pertemuan yang bermakna ini ialah Presiden, En. Norzafry Norhalim, Naib Presiden II, Pn. Nor Hasni Hayati, Setiausaha Agung, Ust Salman Abdul Rahman serta Sekretariat Beliawanis, Cik Roszida Kamaruddin

Wartawan
Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top