Ibadah Bukan Semata-mata Di Tikar Solat – Aizuddin

Bangi 3 April 2011 – Saudara Aizuddin Khalid selaku Naib Presiden 1 PEMBINA diberi penghormatan menutup Karnival Futsal Islami (KAHFI) 2011 anjuran PEMBINA Cawangan Bangi.
Dalam ucapan penutup beliau, beliau telah menerangkan pengertian ibadah yang luas dan bagaimana sesuatu aktiviti boleh dihalakan sebagai ibadah untuk mendapat ganjaran dari Allah.

Beliau berpesan agar belia tidak menjumudkan istilah ibadah hanya di tikar sembahyang atau di masjid malahan ia boleh merangkumi aktiviti–aktiviti riadah.

Saudara Aizuddin telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang sekaligus menyempurnakan perasmian penutup KAHFI 2011.

Program ini merupakan kali kedua penganjurannya di PEMBINA Bangi dan kali ini dihadiri hampir 100 belia yang rata-ratanya mahasiswa dari universiti-universiti sekitar Bangi.

 

Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top