Mahasiswa perlu bersedia isi krisis kepimpinan

PUTRAJAYA, 28 sept- “Mahasiswa perlu bersedia mengisi krisis  kepimpinan tersebut”, kata Muslim Abdullah Zaik, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UIAM ketika diminta mengulas berkenaan Simposium ‘Mendepani Agenda Asing, Melayu dalam Krisis Kepimpinan (MEGA) 2013.

Tambah beliau apabila berlaku krisis kepimpinan, terdapatnya ruang lingkup kosong yang mahasiswa perlu isi dengan nilai-nilai yang tertentu.

“Contohnya isu kepimpinan yang tidak ada integriti, rasuah dan sebagainya, jadi mahasiswa perlu berazam untuk menggantikan dengan lebih baik dan perlu ikuti kepimpinan sekarang supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama”, katanya yang turut menggesa agar penganjuran program ini wajar diteruskan.

Turut ditemui sejurus program adalah peserta dari Royal Colleage Medical Perak (RCMP), Nur Najwa Hanim Latiff yang merasakan pentingnya untuk mahasiswa perlu jelas dan cakna dengan isu-isu semasa kerana mereka bakal menjadi peneraju negara.

Selain itu juga, mahasiswa dari Kolej UNITI, Siti Nuraisyah Eman turut merasakan wajar untuk mahasiswa mengambil pengajaran dari isu semasa dan menyebarkan kepada orang ramai.

“Saya merasakan dialog mendepani agenda asing ini penting untuk mahasiswa cakna kerana ia adalah perkara yang mahasiswa depani untuk sekarang dan masa depan”, ujar Muhammad Zaki Bachok, peserta dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

mega1

MEGA 2013 yang berlangsung di Dewan Sri Siantan ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama PEMBINA.

Dialog yang berlangsung pada sesi pagi mendedahkan tentang Umat Islam dalam Menghadapi Konspirasi dan Agenda Asing yang menampilkan panelis hebat iaitu, Puan Zaharah sulaiman (Penulis dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkelogi Malaysia, ustaz Mohamad Ismail (Ketua Unit Kajian Syiah ISMA), Encik Mohd Nizam Mahshar (Ketua Pegawai Eksekutif, majlis Tindakan Ekonomi Melayu), Ustaz Hazizi Ab Rahman (Penganalisis Muslim Moderat dan Projek Pengamerikaan dan Ustaz Shaharuzzanab Bistamam (Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama).

Manakala pada sesi petang dialog Krisis Kepimpinan : Nasib Melayu di Tangan Siapa?, disertai oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman (Presiden ISMA), Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dato Dusuki (YDP Yayasan Dakwah Islamiah, YADIM), Sohibus Samahah Dr Zulkifly Muda (Mufti Terengganu) dan Sohibus Samahah Ustaz Bungsu (Mufti Negeri Sabah).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top