Peranan belia dalam mengisi kedaulatan negara

PUTRAJAYA, 28 September- “Melalui penganjuran simposium ini, kita mahu menyampaikan kepada mahasiswa khususnya belia, bahawa mereka ada peranan untuk mengisi kedaulatan negara Islam”, ujar  Saudara Abdul Hakim Adzman, Naib Presiden 1 Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Beliau turut merasakan peranan tersebut tidak seharusnya diletakkan pada orang lama sahaja.

“Penganjuran program ini untuk memberi kesedaran kepada belia khususnya mahasiswa, bahawa di Malaysia terdapat ancaman-ancaman yang boleh merosakkan jatidiri mereka, contohnya syiah, kristianisasi dan liberalism, jadi belia harus sedar ini adalah ancaman dan perlu bersama-sama memahami isu”, tambah beliau ketika ditemui wartawan sejurus selepas  Simposium ‘Mendepani Agenda Asing, Krisis dalam Kepimpinan Melayu (MEGA) 2013.

Hal ini, bagi mengelakkan ancaman ini tersebar pada mahasiswa dan belia yang dapat memberi kesan yang panjang pada masa hadapan.

“Penting untuk beri kesedaran pada masyarakat, jika tiada yang memulakan kita yang memulakan untuk beri kesedaran”, tegas beliau.

Tambahnya lagi, mahasiswa sekarang dalam konteks yang selesa dan santai, jadi perlu diberikan kesedaran.

“Jadi kita datang untuk memberi kesedaran kepada mereka isu ini penting sebab ini menentukan masa depan mereka, jika tidak di rawat Isu ini sekarang ini akan memberi kesan kepada ganerasi di bawahnya”, katanya menutup bicara.

MEGA 2013 yang berlangsung di Dewan Sri Siantan ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama PEMBINA.

Dialog yang berlangsung pada sesi pagi mendedahkan tentang Umat Islam dalam Menghadapi Konspirasi dan Agenda Asing yang menampilkan panelis hebat iaitu, Puan Zaharah sulaiman (Penulis dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkelogi Malaysia, ustaz Mohamad Ismail (Ketua Unit Kajian Syiah ISMA), Encik Mohd Nizam Mahshar (Ketua Pegawai Eksekutif, majlis Tindakan Ekonomi Melayu), Ustaz Hazizi Ab Rahman (Penganalisis Muslim Moderat dan Projek Pengamerikaan dan Ustaz Shaharuzzanab Bistamam (Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama).

Manakala pada sesi petang dialog Krisis Kepimpinan : Nasib Melayu di Tangan Siapa?, disertai oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman (Presiden ISMA), Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dato Dusuki (YDP Yayasan Dakwah Islamiah, YADIM), Sohibus Samahah Dr Zulkifly Muda (Mufti Terengganu) dan Sohibus Samahah Ustaz Bungsu (Mufti Negeri Sabah).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top