LPF perlu diperkukuhkan bukan mansuh – Salman

BANGI 22 Disember – Berkuatkuasa tahun 2012, Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan bahawa pihaknya tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan itu akan diserahkan kepada pengarah serta penerbit filem.

Setiausaha Agung Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),Ustaz Salman Abdul Rahman yang ditemuramah melalui telefon menyatakan kerisauan dan menolak pemansuhan peranan LPF ini.

“Saya tidak bersetuju bahkan melihat keadaan industri perfileman di negara kita ini juga dilambakkan dengan unsur-unsur negatif apatah lagi jika tiada”, tegas beliau.

Melihat kepada kegusaran ini, beliau merujuk contoh industri ini di negara Barat sarat dengan kandungan filem yang tidak terkawal dan merosakkan akhlak masyarakat.

Beliau juga turut ditanya samada LPF membunuh kreativiti pengkarya dalam mengembangkan industri ini merasakan pengkarya tidak sepatutnya menjadikan ini sebagai alasan utama merencatkan industri perfileman negara.

“Adakah dengan membunuh nilai-nilai Islam, moral, dan ketimuran akan dibanggakan sebagai kreatif walhal kreativiti terletak pada teknik penyampaian, bukan pada nilai “

Setiausaha Agung PEMBINA tersebut berhasrat LPF seharusnya diperkukuhkan, dilengkapkan dengan panle berwibawa dari sudut agama dan nilai moral.

LPF merupakan agensi yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 dengan tujuan menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negera daripada pengaruh buruk dan negatif melalui filem dan penerbitan.

MediaPEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top