PETALING JAYA, 23 JUN 2014 – Berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA bagi Pusat Pengajian Asasi Universiti Islam Antarabangsa (PEMBINA CFS IIUM Chapter) yang melakar satu sejarah yang hebat apabila lebih daripada 300 orang pelajar menghadiri mesyuarat agung tersebut sebagai tanda menyokong perlantikan pimpinan baru PEMBINA CFS IIUM Chapter.
“Tahniah kepada PEMBINA CFS IIUM Chapter, yang telah 2 tahun secara rasmi berdaftar di institusi pengajian ini dan giat menjalankan program dan meneruskan dakwah dan tarbiyah di sini”, kata Wan Mohd Saiful Bin Wan Ab Rahman, Pengerusi PEMBINA Cawangan Kuala Lumpur ketika menyampaikan ucapan beliau.
Beliau juga turut menerangkan mengenai Tajmik Ala PEMBINA di mana tarbiyah yang dibawa oleh PEMBINA bersifat fleksibel dengan kesesuaian aktiviti yang diminati oleh para belia.Ia tidak hanya menjurus kepada bulatan usrahsahaja, sebaliknya dipelbagai dengan pelbagai pakej yang ditawarkan oleh PEMBINA.
Beliau juga turut mengupas serba sedikit mengenai pakej-pakej tersebut yang terbahagi kepada Pakej Tarbiyah, Pakej Kepimpinan, Pakej Rekreasi dan Pakej Bakti, serta menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh pimpinan PEMBINA serta mahasiswa mahasiswi ahli PEMBINA keseluruhannya.
“Peranan kalian ialah memahami agenda yang cuba dibawa oleh PEMBINA selain berusaha menjadi contoh daripada aspek akhlak dan pengurusan organisasi. Pastikan pengurusan organisasi berjalan dengan baik serta membina saf kepimpinan yang memahami aspirasi PEMBINA, Inshaa Allah”.
Sebelum berakhir, saudara Saifu lmengucapkan tahniah kepada PEMBINA CFS IIUM Chapter yang telah berjaya mendaftarkan seramai 347 orang ahli PEMBINA yang merupakan pelajar baru CFS IIUM Chapter.