Kupasan HIMPUN Umat Muhammad

Jujur,mulanya saya juga kecewa kerana walau hari semakin lewat namun pergerakkan masuk pengunjung ke dalam stadium agak lambat.dan kira kira jam 3.30 petang .ternyata perkiraan saya tepat.tidak ramai yang turut serta mungkin kurang daripada 6ribu orang yg hadir (jumlah sebenar kurang dipastikan) .namun ini bukanlah masalah besar ,kerana agenda Himpun ini adalah murtad,dan murtad tetap menjadi objektif utama walau berapa ramai yang sudi mendengar.

Perhimpunan Sejuta Umat ini sebetulnya bertujuan mencerap mentaliti kefahaman berhati hati sambil bangkit kembali daripada tidur yang lena oleh Ummah pada hari ini terutamanya dalam perihal akidah.ya kita semakin leka sambil masalah murtad ini diambil ringan di pandang sepi.sangat sedikitlah yang peduli lalu bangkit menentang berbanding yang terusan membisu sendiri.jika dibandingkan lagi semasa peristiwa berdarah natrah,12Disember1950 menjadi saksi betapa ramai  yang sanggup berjuang mempertahankan akidah natrah dan maruah agama daripada dimurtadkan.lebih mengejutkan lagi,perjuangan ini turut disertai oleh orang yang bukan beragama Islam atas rasional mempertahankan kedaulatan negara daripada dicemar belanda yang menggunakan tiket mahkamah antarabangsa.walau pun akhirna natrah dimurtadkan perjuangan itu menceritakan perpaduan ummah dan kesatuan akidah ketika itu.berbeza hari ini,ratusan ‘natrah’ sewenangnya dimurtadkan tanpa sebarang halangan (walau numberikalnya hanya beberapa direkodkan)

Inilah masalah utama hari ini,kita jahil kesedaran.implikasi murtad sangat serius kepada agama Islam sehingga bertungkus-lumus diperangi oleh Saidina Abu Bakar selepas kewafatan nabi Muhammad,murtad juga senjata mutahir yang melemahkan orang Islam (mantiknya mungkin ini sebab paling rasional mengapa org Islam sendiri mulai menolak hukuman Allah hudud dan sebagainya) ,murtad juga akan menguatkan musuh Islam,murtad juga sebagai pemula bagi segala perpecahan ummah kerana perbezaan akidah .

————————————————————–

Usaha merialitikan HIMPUN

Kronolagi perhimpunan semalam secara dasarnya berjalan sangat lancar mengikut pengamatan dan pemerhatian saya,walau bagai manapun terdapat seperkara yang agak  membimbangkan berlaku kerana usaha sebahagian pihak tidak bertanggung jawab cuba mengedarkan artikel berbentuk provokasi dan risalah risalah kristian .lihatlah saudaraku sekalian.kita dicabar secara terang-terangan dan musuh-musuh Islam langsung tidak takut untuk berhadapan dengan umat Islam ketika ini.suatu situasi yang perlu kita ambil peduli .Namun masalah ini berjaya ditangani apabila pengacara majlis (saudara badrul sani) tenang mengingatkan saudara yang hadir untuk berhati-hati sambil bersedia memerangai segala bentuk provokasi yang mampu mencemarkan perhimpunan aman ini.

Ucaptama perhimpunan dimulakan oleh pemidato-pemidato yang sangat arif dan fasih akan fenomena murtad di Malaysia.menurut mereka isu murtad ini bukanlah sesuatu yang baru cuma kebelakangan ini semakin agresif dek kerana kelompongan ukhwah Ummah sendiri .

antara senarai-senarai pemidato

Dr Yusri – sempat menggambarkan bahawa Himpun merupakan satu usaha penzahir Ummah dalam isu murtad .

Dr Azhar– merupakan pengkaji fenomena murtad yang sempat menganalogikan bahawa Islam umpama pokok yg berbuah ranum dan segar,namun sifat cemburu membuatkan pokok (Islam) dicantas ,diragut,dan dirosakkan dgn pelbaga cara.Beliau juga mengingatkan kepada semua (bukan Islam khususnya) agar tidak mencabar tolerasi beragama yang dianjurkan Islam sambil menyeru Ummah agar memperkasakan Iman masing masing agar tidak menjadi badut kepda banyak perkara remeh dan kembali semula kepada hukum dan syariat Allah SWT

Datin Seri Fatini – Beliau hadir sebagai pemidato tunggal kaum hawa ,bercerita akan senario hari ini merupakan susulan daripada isu “Natrah” dahulu namun situasinya sangat berbeza.kebangkitan Ummah dahulu sangat memberi kesan sehingga berlakunya tumpahan darah dan nyawa yang terkorban dek kerana  provokasi yang dicetuskan.Beliau juga menyeru semua Ummah bersatu sambil memberi amaran agar tidak lagi mengadakan provokasi terhadap orang Islam.

Ustaz Farhan – Pastor Yohanes ini merupakan antara individu yang pakar dan arif tentang fenomena murtad di Malaysia kerana beliau sendiri sebenarnya merupakan bekas paderi kristian yang telah memurtadkan hampir 1000 orang islam sebelum ini.Setelah Allah memberi hidayah kepadanya,beliau melalui seketeriatnya berjaya mengislamkan lebih 4000 orang pelbagai agama kepada agama suci Islam. Masya Allah.Semasa ucapannya juga beliau sempat menganologikan dua buah buku yang disalah utamakan oleh Ummah ketika ini iaitu Al Quran dan perlembagaan.menurutnya lagi ,kita kini terlalu mengagung dan menjunjung perlembagaan berbanding Al Quran sedangkan buku paling lengkap sepanjang zaman adalah kalam Allah itu dan Quranlah yang akan menyelamatkan nasib Ummah bukan semata mata perlembagaan.Jadi beliau menyeru agar Al Quran lebih diangkat berbanding perlembagaan (sambil memegang buku yang melambangkan Quran lebih tinggi daripada perlembagaan)

Melalui pengamatan saya ,beliau merupakan antara ikon yang menonjol pada perhimpunan julung kali ini kerana dengan degar suaranya ,kobar semangatnya ,dan bara auranya menarik perhatian hadirin yang ada dengan tekun mendengar setiap inci amanat disampaikan.Sepatutnya kita sebagai umat Islam yang terlebih dahulu mengenali agama ini ,wajar berasa malu kerana beliau lebih bersemangat dalam usaha mempertahankan agama Islam.Sebelum meninggalkan pentas ,dengan suara yang sebak beliau sempat menekankan kepada semua agar mengubah persepsi kerana Islam adalah agama persaudaraan ,bukan agama terorist.juga pesanan yang paling memberi kesan daripadanya “ Orang Yahudi n Nasrani tidak akan redha kpdmu [umat islam], sehingga kita ikut cara mereka”  ,mungkin itu adalah ikhlas daripada pengalaman peribadi sebagai seorang paderi yang banyak mengajarnya hari ini.Masya Allah.

Syazwan – Saudara Syazwan merupakan Presiden GAMIS ,antara wakil belia yang diberi kesmpatan melontarkan pandangan dan ucapan.Beliau sebenarnya mewakili hasrat sebahagian besar belia yang hadir pada pehimpunan ini,mengingatkan kepada mahasiswa khususnya agar memantapkan ilmu pengetahuan Islam di setiap ruang yang dan dalam bidang yang ada bagi bersedia mengelak daripada apa apa jua ancaman yang mendatang kelak.Kemudiannya beliau dengan berani menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi agar menyemak kembali sistem pendidikan kebangsaan agar lebih berorentasikan kokurikulum pendidikan beragama untuk pemantapan akidah.Gesaan beliau wajar diambil serius memandangkan senario pendidikan memainkan peranan penting pemantapan akidah dan jati diri pelajar dan mahasiswa.

Zafry – Presiden PEMBINA ini hadir dengan idea yang sangat menarik minat saya,beliau sempat menyelitkan peranan yang boleh dimainkan oleh generasi belia kini di dalam laman sesawang sosial.katanya belia seharusnya menggunakan laman sesawang sosial (facebook,twitter, etc) untuk membantu memartabatkan Islam,perkongsian ilmu-ilmu dan imej baik terhadap Islam mampu mendorong seterusnya diharap mengubah mentaliti masyarat ttg Islam.Sesungguhnya kebaikkan perkongsian ini akan menjadi saksi kita di akhirat kelak.

Ust Abdullah Zaik Abd Rahman – Presiden ISMA ,ucapan beliau saya kira cukup ringkas namun padan dengan penceritaan senario sebenar yang berlaku tidak kita ketahu dengan jelas.beliau menjelaskan ttg ancaman lama yang masih lagi bernyawa iaitu IFC. berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.menurut beliau lagi ,antara tuntutan terbuka IFC adalah :

1.Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2.Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4.Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5.Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6.Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8.Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9.Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan

suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12.Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14.Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Fikir sejenak akan nasib agama kita jika benar tuntutan ini bakalan dilaksanakan?

TS Harussani – Secara kasarnya ,beliau merupakan satusatunya ikon berstatus mufti bertindak sebagai satu daripada pemidato Himpun .Beliau terkenal dengan ketegasannya terhadap isu murtad kerana telah beberapa kali sebelum ini berani melontarkan pandangan terbukanya terhadap isu murtad.syabas TS .antara amanat yang disampaikan termasuklah mengingatkan betapa orang Melayu harus bersyukur dengan status Islam.Di negara ini ,orang melayu dikenali secara terus dengan Islam sedangkan bangsa arab pun tak semestinya Islam.Melayu adalah Islam,maka kita sepatutnya terus memegang teguh dengan label ini .

Cikgu Azmi Abd Hamid – Pengerusi Bersama HIMPUN ini menggegarkan pentas dengan membacakan deklarasi yang di persetujui bersama HIMPUN .antaranya adalah :

Deklarasi 1 : Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

Deklarasi 2 : Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Deklarasi 3 : Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Deklarasi 4 : Menuntut supaya KERAJAAN mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Deklarasi 5 : Menuntut agar sistem pendidikan Negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar

Deklarasi 6 : Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam Negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Deklarasi 7 : Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian Islam. Mengesa parti politik dan bkn politik perjuangkan ISLAM, jadikan ISLAM agenda utama

Deklarasi 8 : Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya IBUBAPA mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

Deklarasi 9 : Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada

Deklarasi 10 : Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

dan kronologi HIMPUN ditamatkan dengan menjemput saudara Hasan Ali untuk mengetuai doa dan bermunajat kepada Allah.Dilihat Hasan Ali sebak menitiskan air mata semasa bermunajat dan berselawat kepada Allah .bagi saya beliau sangat terkesan dengan sokongan yang diberikan dalam sama sama berjuang dalam menegakkan akidah ummah ini.Beliau yang juga turut memimpin bacaan doa memohon agar akidah umat Islam dipelihat ke generasi seterusnya,

“Kami dtg kerana akidah,kami duduk kerana akidah,kami pulang kerana AKIDAH UMAT ISLAM.Amin” Doa cukup mengharukan.semoga Allah mengabuli doa hamba hamba Nya ini .

*Saudara Hasan Ali tidak mahu dipanggil YB pada hari itu kerana beliau hanyalah insan yang hadir atas kepentingan agama bukan politik.

*Presiden Perkasa Ibrahim Ali sendiri memilih untuk berada dikhalayak ramai sebagai satu tanda menghormati HIMPUN sebagai agenda agama semata-mata.bukan politik.jadi mengapa orang lain berfikiran negatif akan perkara ini?

—————————————————————-

Konsensus Himpun

Demikianlah sedikit gambaran kronologi terhadap  apa yang telah berlaku di Stadium Melawati Shah Alam,sebenarnya saya berasa terpanggil untuk berkongsi akan perkara ini kerana tidak mahu perspektif tidak baik disebarkan semenjak cetusan idea HIMPUN ,sehinggalah tamatnya HIMPUN ini.kita sebagai umat Islam seharusnya berlapang dada dan bersangka baik akan usaha ini.seharusnya kita mendengar sendiri akan kronologi HIMPUN ini daripada orang yang berhak bercerita (mereka yang ada di tempat kejadian) bukan nya daripada media alternatif yang punyai pandangan dan luahan skeptikal (terutamanya terhadap Islam)

Saya bukanlah seseorang yang memerhati di suatu sudut yang tiada cela,namun adalah lebih tidak adil untuk melihat orang yang kerjanya menghina dan terus menghina sedangkan daripada mereka tiada pula usahanya.kita seolah olah menganak tirikan agama sendiri jika begitulah caranya.

mungkin bagi saya ,orang yang jahil hari ini adalah orang yang menilai di atas penilaian orang lain,sedangkan mereka malas untuk sendiri melihat memahami realiti yang berlaku .hanya pandai bercakap dan terus bercakap kemudian menghukum.sangat tidak adil!

hari ini,saya hanyalah seorang belia yang sedang menilai dan terus menilai senario agama dan negara untuk saya adaptasi pada zaman saya mulai memimpin negeri .maka tinggalkan lah walau sedikit api perjuangan untuk diteruskan dari generasi ke generasi .

*ini adalah nukilan dan pandangan peribadi,tidaklah pulak saya mewakili mana-mana parti,biru,hijau,putih mahupun warna pelangi*

waallahualam . .

 

http://pembinaperak.net/kupasan-himpun-umat-muhammad/ 

Hasil nukilan

Saudara Aidil Idham

Setiausaha PEMBINA RCMP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top