Halau Anasir Songsang Elton John

 

K. LUMPUR, 30 Oktober 2011 – PEMBINA membantah penganjuran konsert Elton John yang dijadualkan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November. 

 

PEMBINA, melalui Naib Presidennya, Aizuddin Khalid, menyeru kerajaan bertegas mempertahankan prinsip dan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam dengan membatalkan konsert tersebut. “Keizinan terhadap konsert ini mungkin menunjukkan seolah-olah kita menerima kewujudan dan mengiktiraf personaliti yang berkecerungan songsang ini sebagai figur awam yang layak mendapat pentas,” ujar Aizuddin.

 

Aizuddin yang juga Ketua Penerangan PEMBINA menegaskan bahawa penganjuran konsert ini mencabar dan mengusik sensitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya orang Islam. “Dalam usaha kita membendung gejala-gejala kepincangan keperibadian dikalangan belia, usahlah kita bawa masuk orang yang membawa anasir songsang yang tak sepatutnya jadi contoh kepada masyarakat.”

 

Menurut beliau lagi, sungguhpun sasaran konsert ini mungkin golongan bukan Islam, masih ramai lagi artis atau personaliti yang bermoral dan beretika yang boleh ditampilkan.

 

Elton John merupakan seorang artis barat yang mengaku homosexual dan berkahwin sesama jantina selepas kerajaan British membenarkan perkahwinan sejantina pada 2005.

 

Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top