Golongan belia memenuhi HIMPUN

Shah Alam, 22 Okt – Lebih 20,000 peserta yang kebanyakkannya adalah dari golongan belia terlibat dalam Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) yang berlangsung di Stadium Shah Alam baru – baru ini. Umat Islam dari seluruh negara berhimpun bagi menyuarakan tentangan mereka terhadap gejala murtad yang kian berleluasa. Dalam perhimpunan tersebut, umat Islam diseru agar bersatu selain bersama – sama berganding bahu dalam menyelamatkan aqidah umat Islam yang kian tercalar di bumi Malaysia tercinta ini.

HIMPUN yang dianjurkan lebih dari 2000 NGOs termasuk Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sebagai sayap belia itu turut dihidangkan persembahan nasyid dan pidato dari wakil – wakil NGO.

Di sini kami rakamkan beberapa komen dan pengalaman dari peserta belia yang terlibat dalam HIMPUN:

” Berkesempatan menghadiri Himpunan Sejuta Umat pada 22hb yang lalu begitu membuka mata hati saya tentang peri pentingnya kesatuan umat Islam di Malaysia dalam mencegah gejala murtad yang semakin berleluasa. Sensitiviti umat Islam benar-benar disentuh sepanjang HIMPUNAN ini berlangsung.

Tiada langsung kata-kata kesat berbentuk perkauman mahupun sindiran dan cercaan terhadap penganut agama lain, tetapi mesej HIMPUN ini cukup jelas dalam meningkatkan kembali sensitiviti umat Islam di Malaysia. (Asyraf, 20)

Antara lain,

” Usaha yang dijalankan oleh beberapa NGO di Malaysia ini merupakan satu usaha yang baik dalam menangani gejala murtad yang semakin menjadi-jadi di bumi Malaysia ini.

Harapan saya agar semangat HIMPUN ini akan berterusan dan bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sehingga agama tauhid ini akan kembali tertegak di bumi yang kita cintai ini. (Ikhwan, 20) ” 

 

Media PEMBINA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top