Perang Badar asalnya merupakan operasi intercept Nabi SAW ke atas kafilah Abu Sufyan yg dlm perjalanan pulang dari Syam slps menjual harta2 peninggalan Muhajirin Makkah. Nabi ingin merampas kembali hak Muhajirin. Namun, Makkah telah menghantar 1000 bala tenteranya lengkap dgn peralatan perang & kuda2 perang yg berpuluh2, siap utk bertempur dgn Muslimin. Tapi Nabi SAW keluar dgn 313 orang yg hajat asal utk mengangkut kembali barang2 rampasan. Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Namun Allah mengatur dan menghendaki mereka menghancurkan 1000 tentera makkah yg full gear utk berperang.
Sebelum memutuskan untuk berperang, Rasulullah mengumpulkan para sahabatnya untuk mendapatkan pendapat mereka. Orang Ansar tidak obliged untuk berperang di Badar kerana Bai’ah Aqabah II hanya menghendaki mereka mempertahankan Rasulullah di Madinah sahaja walhal telaga Badar itu di luar Madinah. Maka Rasulullah bertanya para Muhajirin. Abu Bakr & Umar Al-Khattab ra memilih untuk bertempur, kata mereka, “Ajal”, bermaksud, “Ya (kita lawan)”. Maka, Al-Miqdad bin ‘Amr seorg Muhajirin merumuskan: “Pergilah ke mana sahaja yang engkau mahu, kami akan bersamamu. Kami tidak akan berkata seperti kaum Musa as berkata kepada Musa (untuk memasuki Palestin),
فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
‘Pergilah engkau bersama Tuhan engkau, kami hendak tunggu di sini’ (5:24), tetapi kami berkata,
ﺇﺫﻫﺐ ﺍﻨﺖ ﻭﺭﺒﻚ ﻓﻗﺎﺗﻼ ﺇﻧﺎ ﻣﻌﻛﻤﺎ ﻣﻗﺎﺗﻠﻮﻥ
‘Pergilah engkau bersama Tuhan engkau, sesungguhnya kami bersama kamu berperang!”. Muhajirin confirm akan berperang, walaupun jumlah mereka sekadar 90 org sahaja.
Ansar diam sehingga Rasulullah meminta pendapat mereka. Respon Saad b Muadz, mewakili kaum Ansar, yg tidak dimestikan perang berdasarkan Bai’ah Aqabah II: “..telahpun kami beri janji-janji dan kepercayaan kami untuk mendengar dan mentaati, ayuh teruskan wahai Rasulullah untuk mencapai sesuatu yang dikau kehendaki, demi Tuhan yang mengutuskan tuan hamba dengan kebenaran, seandainya tuan hamba membawa kami mengharungi lautan nescaya kami harungi, tak seorang pun akan berkecuali, kami bersenang hati dikau membawa kami untuk menemui seteru pada esok hari, kami ini jenis bersabar dan bertahan di dalam peperangan, penuh kepercayaan untuk bertarung dan berhadapan dengan musuh, semoga Allah memperlihatkan sesuatu yang menyenangkan mata melihat, ayuh bawalah kami ke hadapan penuh keberkatan dari Allah“. Begitulah ketaatan & keteguhan mutlak Muslimin dalam agama.
Perang meletus diakhiri dengan kemenangan di pihak Islam yang serba kekurangan di sudut kelengkapan tetapi tinggi di segi keimanan dan keperwiraan (Ust Halim). Allah swt membantu dgn menurunkan hujan dan mengantuk sebagai keamanan bagi jiwa tentera Islam, mensucikan diri mereka, menetapkan bumi mereka, mengukuhkan tapak kaki mereka, mengemaskan kedudukan strategi mereka. Allah swt juga menurunkan Malaikat utk turut berperang bersama.
فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ قَتَلَهُمْ
Abu Jahl, commander Makkah, dibunuh oleh 2 org belia Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra’, yg bersemangat utk compete utk membunuhnya. Begitulah kemenangan Badar yg historic berkat ketaatan & komitmen para sahabat yg tak berbelah bahagi kepada Allah & Rasul.
Inilah komitmen ahli-ahli Badar! Kesediaan ahli Badar ini adalah sifat Mu’min & Muslim sejati [49:15]. Volunteerism yg digambarkan oleh para sahabat ketika itu utk tetap & terus bersama Rasulullah menegakkan Islam & menumbangkan jahiliyyah merupakan sesuatu yg legendary. Mereka sanggup memperjuangkan “the fate of Islam” walau apa keadaan sekalipun. “Ya Allah!!! Jika musnah kumpulan ini pada hari ini (Perang Badar), Engkau tidak akan disembah selama-lamanya.”, doa Nabi ketika Badar; bererti, masa depan Islam terletak pd mereka. Lihatlah usaha & kesanggupan mereka! Walaupun mereka dlm serba kekurangan dari segi kelengkapan & persiapan, namun, itu tidak meragukan mahupun menghalang mereka. Mereka tidak menuntut2 agar Rasulullah menyiapkan kelengkapan pedang & perisai mereka dahulu. Mereka berusaha mendapatkan senjata sendiri walaupun sekadar pelepah tamar. Mereka tidak mengungkit bhw ini bukan dalam perjanjian Aqabah mereka. Mereka tidak juga merungut & berundur kerana terpaksa berjalan kaki berpuluh kilometer utk ke medan perang, bahkan dalam bulan puasa! Lebih merisaukan, belum tentu mereka akan hidup utk pulang jmp keluarga mereka di Madinah.. tp mereka pertaruhkan semuanya utk Allah & Rasul. Persiapan mereka hanyalah iman, tawakkal & semangat keperwiraan. Hasil yg mereka harapkan hanyalah keredhaan Allah. Kerana itu mereka layak mendapat bantuan & kemenangan dari Allah S.W.T. serta dijanjikan Syurga.
Sifat volunteerisme ini yang ingin kita pupuk kepada belia Muslim hari ini utk membentuk generasi aktivis Islam. Ini kerana intipati aktivisme belia terletak kepada semangat volunteerismenya. Kita tidak mahu belia yang sentiasa mengharapkan t-shirt percuma, makan percuma, penyediaan semua benda termasuk transport, dsb. Bahkan Islam hari ini memerlukan belia yg sanggup mengeluarkan sendiri harta, wang, masa, tenaga, dan fikiran sbgmana ahli-ahli Badar; Ringan tulangnya utk Islam. Dan dilakukan semata2 utk kepentingan Islam tanpa mengharapkan apa2 melainkan ganjaran dari Allah.
Manusia sebegini adalah yg ummat kita kekurangan. Mungkin kerana budaya & pendidikan hari ini yg terlalu materialistik & memanjakan sehingga melemahkan daya juang para belia. Kita boleh saksikan sendiri siswa-siswi Malaysia yg lebih gemar bermalas-malas, berfoya-foya atau sekadar buat hal sendiri. Kurang dari 5% shj belia di Malaysia yg terlibat dlm kegiatan berpersatuan. Rata-rata belia byk menghabiskan waktu cuti mereka sekadar melepak2 & berehat2 di rumah atau di kampung. Berbeza dgn belia di Eropah yg mengisi masa cuti mereka dgn mengembara & mencari pengalaman; Proaktif dlm mencari erti kehidupan.
Badar Kubra memberi satu pengajaran utk kita reflek komitmen & sensitiviti kita sendiri kpd agama kita. apakah sikap kita terhadap Islam, isu2 Islam, perkembangan ummat2 Islam? Bgmana sikap & respon kita terhadap tuntutan Islam2, seruan2 Nabi, yg kita kata kita imani & ikuti? Adakah kita masih berbelah bahagi? adakah kita selalu saje beralasan & berpaling atau adakah kita segera menyahut panggilan agama? Hari ini Islam menuntut kepada umat yg komited kpd Islam seperti tentera Badar. Mobile atau mudah digerakkan utk Islam. Istiqamah dalam mengikut ajaran Islam. Siap-sedia berkorban & bekerja utk Islam. Belia yg kompetitif utk beramal spt Muadz & Muawwiz yang telah membunuh Abu Jahal.
Utk melahirkan Muslim sejati yg komit kpd Islam, kita perlukan usaha2 menyuburkan & mencambahkan iman kita yg sudah lama statik. Saya yakin, rata-rata belia Muslim sentiasa terdetik utk beramal & meningkatkan iman & kefahaman agama tp x jumpa jalannya. Inilah kepentingan tarbiyyah Islam yg didokong para aktivis Islam.
Ramadhan merupakan madrasah terbaik yg Allah sediakan utk memulakan usaha2 pemulihan diri kita. Berpandukan Quran & Sunnah kita akan lihat pelbagai ibadah & amal yg boleh kita lakukan utk memperbaiki diri, terutama di 10 mlm terakhir.
Seterusnya, kita libatkan diri dlm aktiviti yg memberi kesan positif secara langsung kpd Islam. Libatkan diri kita dalam program-program urusan ummat. Salurkan kembali tenaga yg Allah kurnia kpd kita utk advancement Islam & masyarakat. Jauhkan diri kita dari perkara yg bukan urusan kebenaran, tp saje2 follow krn nafsu, kita bimbang perkara2 tersebutlah akan mengekang kita drpd meningkat & beramal. InsyaAllah, apabila kita sentiasa sibuk dgn urusan ummat, kita akan rasa apa erti susah & senang, jatuh & bangun bersama Islam.
ألا وَإنَّ الإسلامَ دَائِرَةٌ فَدُوْروا معَ الإسلامِ حَيْثُ دارَ.
Ketahuilah bahwa sesungguhnya islam itu berputar, maka berputarlah bersama islam bagaimanapun perputaran itu. (Hadis)
Inilah fungsi pertubuhan atau persatuan Islam pada hari ini, termasuk PEMBINA. Kita memberi ruang utk belia beraktiviti atau beramal utk Islam dgn segala kreativiti & sifat dinamis belia, terutama generasi-y hari ini; Disamping memberi peluang utk belia mendalami fikrah Islam & melonjakkan iman. Apa yg diharapkan adalah belia Muslim menghidupkan semula Islam dalam kehidupan & menyalurkan tenaga utk manfaat yg terus kpd Islam.
Ayuh, bersama kafilah Islam!
Rujukan
- Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar), Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy, India
- Blog Ust Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, http://inijalanku.wordpress.com
- Dialog Syed Munawwar & Dato’ Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia & Sukan), 1 Julai, TV1