KLS Selangor : PEMBINA Terima 120 Keahlian

GOMBAK, 25 Jan – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) hari ini menerima keahlian seramai 120 orang, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Karnival Lepasan Sekolah (KLS) peringkat negeri Selangor, yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.

Karnival itu dihadiri hampir 250 orang pelajar lepasan SPM sekitar Lembah Klang, anjuran bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Gombak, Kuala Lumpur dan Shah Alam dengan kerjasama PEMBINA.

Karnival tersebut berjaya memberi pendedahan mengenai halatuju selepas SPM, tips untuk biasiswa dan temuduga, pilihan kerjaya dan juga cabaran-cabaran di IPT selari dengan objektif PEMBINA untuk “Meneraju Arus Mahasiswa”.

Dalam pada itu, beberapa tokoh PEMBINA juga menjadi panelis dalam beberapa slot karnival itu seperti Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim Mohd Hassan, Ketua Media PEMBINA, Nurnaima Zainuddin, dan Luqman Hamid yang merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Oleh: Rizal bin Zulkifli Poh.

1 thought on “KLS Selangor : PEMBINA Terima 120 Keahlian”

  1. Pingback: KLS Selangor: PEMBINA terima 120 keahlian | RZP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top