KAJANG, 25 DIS 09 – Pada 25 hingga 27 Disember yang lepas, seramai 51 orang pelajar lepasan SPM telah mengambil bahagian dalam program tahunan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam-Klang atau lebih di kenali dengan nama Kem Lepasan SPM (KLSPM) siri ke 5 di Kem Sungai Merab.
Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini. Malah program tahun ini turut mendapat sumbangan dari Karangkraf Sdn Bhd, Pasaraya HERO, Dato’Muhammad Safaruddin Muhd Sidek dan Puan Norlaili Mohd Nor.
Program ini telah di rasmikan oleh Presiden PEMBINA, Dr Kamil Haji Tohiran, yang menyeru para peserta agar mengambil manfaat dari kem ini dalam merancang masa depan pasca SPM. Konsep program yang santai ini di harapkan juga dapat menghilangkan tekanan pelajar yang bertungkus lumus dalam SPM yang lepas.
semuanya ceria…
Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM dalam merangka hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Penerangan Kursus seperti Kejuruteraan, Perakuana dan Perubatan, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa, dan Perkongsian Pengalaman.
peserta tekun mendengar penerangan kursus
Kesungguhan peserta yang datang dari sekitar Selangor, Kelantan, Perak dan Johor terserlah sepanjang program berlangsung walaupun hujan lebat pada hari kedua. Walaupun semua peserta baru berkenalan, kerjasama yang di tunjukkan dalam Persembahan Kebudayaan dan Team Building menggambarkan satu ikatan ukhwah yang erat sesama mereka telah terbentuk dalam program sesingkat ini.
Semoga KLS akan memberi manfaat yang terbaik kepada lepasan SPM 2009. Terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, aktivis dan semua yang telah memastikan kem ini berlangsung dengan jayanya. Jumpa lagi di KLS 2010! Insya Allah
Jungle Trekking