10 | Author: pembinakelantan
PASIR PUTEH, 16 Dis 2009 – Program ‘Be a Good Muslim Camp’ anjuran PEMBINA Kelantan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di bangunan Tadika Cemerlang Nur Mawaddah, di sini. Program ini berjaya mengumpul para pelajar perempuan Politeknik Kota Bharu serta pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah yang berada di sekitar Pasir Puteh. Mereka majoritinya merupakan ahli-ahli PEMBINA Kelantan yang bakal bercuti ke kampung halaman setelah tamat program pada 18 Disember depan.
Kem yang berlangsung selama dua hari ini berobjektifkan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang tanggungjawab mereka untuk diri sendiri serta peranan mereka terhadap masyarakat pelajar apabila kembali ke kampus nanti.
Antara dua tajuk yang menjadi fokus pengisian program adalah “10 Ciri Peribadi Muslim” yang disampaikan oleh Ustaz Sharipudin Abdul Kadir dan “Wahai Pemuda” yang diampaikan oleh Ustaz Muhammad AlHadi Muhammad.
Antara lainnya, program ini turut diisi dengan akiviti berbentuk games dan outdoor. Mereka ini diharapkan agar dapat memainkan peranan sebaik mungkin untuk mengajak pelajar-pelajar lain untuk bersama PEMBINA dalam memahami dan menghayati Islam.
Unit Media Pembina Kelantan