Sohwah Gegarkan Pidato Perdana Palestin


Sabtu, 19 Disember 2009 – Sohwah, kumpulan nasyid PEMBINA DHL, telah berjaya melangsungkan persembahan pada malam Pidato Perdana Palestin di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Pada malam tersebut, Sohwah telah berdiri setanding & berkongsi pentas bersama artis-artis nasyid tempatan yang turut sama dijemput oleh pihak penganjur.

Pidato Perdana yang dianjur oleh Prime Care dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, MPP Zon 23 & Aman Palestin merupakan salah satu aktiviti sempena Karnival Usahawan B. B. Bangi 2009. Sesi pidato telah disampaikan oleh Dr. Zainur Rashid Zainuddin, perunding dari Aman Palestin.

Sohwah, yang diketuai Saudara Abdul Hakim b Adzman, AJK Kebudayaan, Rekreasi & Sukan PEMBINA DHL, telah menyampaikan 2 lagu cover dari Shoutul Harokah berkenaan perjuangan Palestin. Persembahan nasyid yang rancak serta bersemangat dari Sohwah telah berjaya membakar & mengobarkan semangat para hadirin untuk bersama-sama menyumbang dalam isu umat ini.

Semoga Sohwah akan terus maju dalam arena nasyid bagi menyebarkan kefahaman dan menyemai sensitiviti terhadap agama dan masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top