KLS '09: Pendedahan Berguna Untuk Lepasan SPM

 

RANTAU ABANG, 18 DIS 09 – Pada 18 hingga 19 Disember yang lepas, seramai 70 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program yang telah menjadi program tahunan PEMBINA Terengganu yang dinanti-nantikan pelajar lepasan SPM. Kem yang diadakan selama 2 hari 1 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM melanajutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Ada Apa Selepas SPM?, Ujian Personaliti & Pemilihan Bidang, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa dan Perkongsian Pengalaman.

Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini.

PEMBINA Terengganu telah mengeluarkan CD edisi KLS ‘09 yang mengandungi bahan-bahan pembentangan KLS ‘09, foto-foto dan video klip program KLS yang lepas. Harga RM5 termasuk penghantaran. Bagi yang berminat memiliki CD edisi khas KLS ‘09, boleh menempahnya pada individu berikut:

1.  Mohd Aiman Bin Bustamin:  012-6941450

2. Ainul Huda Binti Jamil: 017-7790910

KLS pada kali ini juga turut berbesar hati apabila telah menerima kunjungan Pegawai di Kementerian Belia dan Sukan Daerah Dungun, Encik Zul Bahari yang telah merasmikan majlis penutup KLS ‘09. PEMBINA Terengganu mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan kerana terus menerus memberi sokongan dan galakan kepada PEMBINA untuk menggerakkan aktivisme di kalangan belia setempat

Semoga KLS akan memberi manfaat yang terbaik kepada lepasan SPM 2009. Terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, aktivis dan semua yang telah memastikan kem ini berlangsung dengan jayanya. Jumpa lagi di KLS 2010! Insya Allah.

Lanjut di :http://pembinaterengganu.wordpress.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top