Pada hari Sabtu, 19 disember 2009, bersamaan 2 Muharram 1431, telah berlangsung Karnival Sukan Belia Islam Nasional 2009 bertempat di German Malaysian Institute, Bandar Baru Bangi bagi pihak beliawanis. Seramai 200 peserta beliawanis terdiri daripada 8 kontinjen yang datang daripada seluruh Malaysia telah berentap di atas padang GMI yang tersergam indah. Antara yang hadir adalah daripada kontinjen Johor, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Penang, Kedah dan Selangor. Wakil dari negeri Selangor terdiri daripada 3 kontinjen iaitu kontinjen dari Shah Alam Klang (SAK), Daerah Hulu Langat (DHL) dan Gombak. Semangat berpasukan dapat dilihat apabila setiap kontinjen tiba dengan mengenakan pakaian yang sama atau warna yang serupa bagi mewakili kontinjen masing-masing beserta sepanduk yang pelbagai rupa.
3 acara dipertandingkan di pihak beliawanis iaitu bola keranjang, bola tampar dan bola jaring. Bola jaring mendapat penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 10 kumpulan manakala bagi bola tampar dan bola keranjang, sebanyak 4 penyertaan. Lebih menarik lagi, peserta termuda yang hadir kali ini hanya berusia 12 tahun manakala yang tertua adalah 44 tahun!. Ini menunjukkan betapa usia tidak menghalang beliawanis untuk sentiasa cergas dan pantas di dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Permainan yang dijangka bermula lebih awal bermula sejam lewat dari waktu yang telah ditetapkan. Namun, majlis tetap dapat disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada 5.00 petang. Peserta beliawanis mula bergerak ke GMI dan tiba di sana pada pukul 10 pagi.
Semua peserta mula menunjukkan taring masing-masing setibanya di gelanggang permainan. Ada yang mula memakai ’headband’, memastikan kasut masing-masing berada dalam keadaan yang selesa dan baik, dan ada yang sudah mula memanaskan badan. Kontinjen yang sudah bersemangat telah mula menunjukkan ’skil’ masing-masing dengan berlatih secara serius di dalam kumpulan masing-masing. Kehangatan dapat dirasa walaupun permainan masih belum bermula.
Ketiga-tiga acara berlangsung secara serentak di tempat yang sama. 2 ’court’ digunakan bagi bola jaring, 1 court untuk bola tampar dan 1 court untuk bola keranjang (3 sebelah).
Persaingan yang sengit dapat dilihat di setiap medan permainan. AJK keselamatan terpaksa berlari ke sini sana bagi merawat peserta yang cedera. Jurufoto juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar yang bakal menjadi kenangan buat semua beliawanis yang terlibat. Bola keranjang selesai sejam setelah permainan berlangsung manakala bola jaring yang dijangka habis lewat akhirnya mendahului bola tampar. Disebabkan bola tampar memakan masa yang lebih lama, peserta bola tampar terpaksa berentap di dalam hujan yang turun sekitar selepas zohor. Namun, itu tidak mematahkan semangat peserta untuk meneruskan permainan.
Akhirnya, pada pukul 4 petang, selesailah semua acara permainan dan bermulalah majlis penutup serta penyampaian hadiah. Nor Hasni Hayati bt. Hanapi selaku pengarah KASBI’09 menyatakan peserta-peserta yang datang pada kali ini adalah sangat matang memandangkan sebahagian besar kelengkapan, pihak peserta terpaksa menyediakannya sendiri. Namun, program ini tetap mendapat smbutan dan berjalan dengan lancar. Majlis penutup ini dirasmikan oleh Ustazah Suriani Sudi yang merupakan Timbalan Pengarah II PEMBINA dan turut memegang portfolio pembangunan beliawanis PEMBINA.
Dan akhir sekali, agenda yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta sampai ke penghujungnya apabila nama-nama kontinjen yang menjuarai ketiga-tiga acara permainan diumumkan. Bagi BOLA JARING, JOHAN dimiliki oleh MELAKA, NAIB JOHAN dimenangi oleh DHL, dan tempat KETIGA buat PENANG. Bagi BOLA KERANJANG, JOHAN dijuarai oleh JOHOR, NAIB JOHAN oleh MELAKA dan tempat KETIGA oleh DHL. Manakala bagi BOLA TAMPAR, JOHAN dimenangi oleh MELAKA dan NAIB JOHAN oleh SAK. Setiap pemenang membawa pulang piala dan hamper. Bagi JUARA KESELURUHAN, dimenangi oleh kontinjen dari MELAKAAAA!!! TAHNIAH buat kontinjen dari MELAKA. Sebagai juara keseluruhan, kontinjen Melaka membawa pulang bersama mereka piala iringan. Semoga Karnival Sukan Belia Islam Nasional 2009 ini menjadi titik tolak kepada program-program yang berbentuk kesukanan samada di kawasan masing-masing ataupun secara nasional sekali lagi.
Siti Farhana Fathy
Ajk promosi, media & liputan beliawanis