Runsing ! ragu dan risau !
Ya ! 3R !
Tidak habis satu, timbul pula dua !
Tidak habis dua, timbul pula yang tiga ! empat, lima, enam dan seterusnya !
Sampai bila keadaan seperti ini hendak berterusan ?
Dengar khabarnya persatuan-persatuan berkonsepkan Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan di setiap ‘corok’ universiti. Dalam, mahupun luar negara.
Lalu apa yang mahu dirunsingkan ?
Anasir Luar yang membahayakan
Idealisme seperti ….
Liberalisme ? Sekularisme ? Komunisme ? Seks Bebas ? Seksualiti merdeka ? Demokrasi tanpa batasan?
Isme-isme seperti ini masuk dan keluar sebegitu mudah. Umpama desiran angin. Tetapi, impak yang dibawa nyata begitu memudaratkan !
Memudaratkan bagaimana?
Saya seorang sekular dan saya ok ! Saya tidak menganggu hak orang lain dan orang lain tiada hak untuk menganggu privasi saya ! (Kata mahasiswa A)
Jika kamu kata segala permasalahan ada dalam Quran, mari tunjuk sini surah mana, juzuk berapa, ayat apa yang boleh atasi masalah kesesakan lalu lintas ? Mana bro ? Mana ? (Kata Mahasiswa B)
Hidup ! Hidup ! Hidup Seksualiti Merdeka ! (Laung sekelompok Mahasiswa C)
Bro, jom pergi MTV world stage minggu depan ? Dengar cerita sex pistols (punk band) nak buat show
Memudaratkan ?
Lalu persoalannya, jika memudaratkan, kenapa begitu mudah idea-idea seperti ini diterima oleh golongan-golongan belia masakini, khususnya mahasiswa dan mahasiswi.
Mari kita duduk sejenak dan renungkan bersama.
Bumi telah meningkatkan kekuatan gravitinya
Saya teringat kata-kata pujangga Islam terkenal, Muhammad Iqbal bilamana kata-kata beliau itu dinukilkan dengan begitu indah oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam buku tulisannya yang berjudul Al- Muntalaq (titik permulaan)
Muhammad Iqbal berkata,
Bumi telah meningkatkan kekuatan gravitinya lalu bulan pun beredar di sekelilingnya tanpa henti
Siapakah bumi itu ? Dan siapakah pula yang dinamakan bulan ?
Dalam konteksual semasa ;
Kitalah bumi itu wahai mahasiswa-mahasiswi Islam sekalian !
Dan bulan adalah mahasiswa-mahasiswi yang ingin kita tarik agar selalu dekat dengan Islam.
Namun,
Selepas puas dihentam meteor-meteor selaku anasir luar yang menganggu,
Bagaimana caranya si bumi ingin meningkatkan kembali kekuatan gravitinya ?
Agar si bulan tidak semakin jauh, tetapi semakin rapat dan dekat dengannya ?
Mereka seorang saya seribu !
Adakah pernah timbul persoalan seperti ini dalam hati kita?
Si pembawa ideologi tertentu itu bukanlah ramai orangnya.
Kadangkala hanya seorang dua sahaja.
Namun, mengapa sampai begini jadinya ?
Kuat sangat ke daya tarikan mereka ?
Sampaikan habis semua aktivitis-aktivis gerakan mahasiswa muslim terkulai layu, mengaku kalah !
Dan akhirnya
Mengangkat bendera putih lalu tenggelam sama dalam kejahilan itu .
Naudzubillah. Bukan itu yang kita inginkan.
Maka jawapan kepada persoalan ini adalah letaknya kepada tahap sistematiknya gerak kerja persatuan-persatuan mahasiswa Islam itu sendiri. Seperti mana yang disebutkan oleh Saidini Ali r.a
Kebenaran yang tidak terancang (tidak bersistem) pasti akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang (bersistem)
Bersistem yang dimaksudkan di sini, tidak hanya terletak kepada carta organisasi yang tersusun semata. Namun, bersistem yang dimaksudkan adalah, para aktivis mahasiswa Islam mampu memikirkan serta melaksanakan idea-idea hebat untuk menarik lebih ramai lagi golongan belia supaya cintakan Islam.
Sebagai contoh, musik.
Jika belia masakini meminati band “sex pistols” , maka, adalah menjadi tanggungjawab aktivis-aktivis mahasiswa ini untuk melahirkan band islami yang setaraf atau lebih hebat daripada “sex pistols”.
Boleh ? Pasti boleh !
Dan dengan perancangan yang rapi serta tersusun dalam mengkaji strategi musuh, pasti kita mampu akhirnya untuk meleburkan fahaman-fahaman mereka daripada terus menjajah minda belia-belia muslim.
Boleh ? Pasti boleh !
Al Qudwah Qabla Dakwah
Akhir sekali,
Contoh, tauladan, serta akhlak yang baik. Itulah sebenar-benarnya daya penarik. Itulah sebenar-benarnya maksud yang cuba disampaikan oleh Muhammad Iqbal di dalam syairnya. Justeru, aktivis-aktivis mahasiswa Islam tidak dapat tidak, harus menerima hakikat ini.
Hakikat bahawa, mereka sebenarnya adalah ejen-ejen yang menjadi jurujual kepada produk (Islam). Tanpa qudwah (contoh) yang baik, amatlah mustahil untuk mereka mudah menarik masyarakat.
Lalu,persoalannya bagaimanakah ingin menjadi contoh tauladan yang baik ?
Seorang aktivis mahasiswa Islam itu haruslah
Cemerlang akademik !
Cemerlang sukan !
Baik akhlaknya ! Baik budinya !
Dan yang paling penting adalah jangan poyo dan bergaul dengan semua lapisan manusia !
Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu.
Muhammad Asyraf bin Mohamad Farique
Aktivis PEMBINA Shah Alam