GOMBAK, 19 Jan – Forum ‘Gaza, Kami Bersamamu’ di Festival Beliawanis Nasional berlangsung dengan lancar . Panelis kedua iaitu Saudari Amie Sofea telah menggantikan Puan Farrah Adeeba atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pada pusingan pertama Saudari Amie Sofea menyatakan bahawa Misi Solidariti Gaza 2012 tersebut bukanlah perjalanan seperti pergi ke percutian-percutian biasa. Misi tersebut mempunyai satu matlamat yang cukup jelas dalam usaha untuk menyampaikan dan menyelamatkan Al-Aqsa tercinta. Disamping itu, usaha ke sana adalah bertujuan bagi memberi sokongan moral kepada penduduk Gaza.
Saudari Amie Sofea banyak berkongsi pengalaman semasa di Gaza. Menurut beliau, Puan Farrah Adeeba merupakan salah seorang pembakar semangat beliau kerana sering melonjakkan dan memberi semangat untuk ke Gaza. Selain itu, melalui melihat, mendengar dan menghayati penerangan daripada wakil Aman Palestin Aimi Sofea sememangnya menyimpan azam untuk turut menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 baru-baru ini. Selepas mendapat keizinan daripada bonda tercinta, Saudari Aimi sofea mengeluarkan duit sebanyak RM7500 seperti yang diperlukan untuk misi ini.
“Para beliawanis sekalian perlu ingat, duit sememangnya akan habis. Tetapi, bagaimana kita menghabiskannya. Tapi untuk misi seperti ini, habisnya memberi impak yang cukup besar.”Begitulah pesanan saudari Amie Sofea.
Saudari Amie Sofea menegaskan lagi bahawa beliau harus pergi ke Gaza kerana mahu membina jati diri dengan melihat sendiri suasana di sana dan berhasrat pulang ke Malaysia dapat memberi inspirasi kepada rakyat yang berada di Malaysia. Beliau yang merupakan seorang anak muda, menyedari serta mengakui bahawa beliau mempunyai suara disamping kekuatan untuk disalurkan di kaca televisyen dan didada akhbar. Di situlah beliau merasakan peranan beliau bermula.
Selain itu, beliau juga menyeru kepada penyatuan antara golongan muda dan tua.“Anak-anak muda ini sebenarnya mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Mereka ibarat api yang menyala-nyala, golongan tua pula menjadi bara apinya agar api yang menyala itu tidak cepat padam. Kita sebenarnya perlu melengkapi antara satu sama lain”.
Satu situasi yang perlu diubah iaitu kebanyakan manusia di luar Gaza dimomok-momokkan dengan keadaan di Gaza yang tidak selamat. Ramai yang takut untuk melancong ke sana. Akan tetapi pada pandangan Saudari Amie Sofea sebenarnya orang-orang yang pergi ke gaza itulah yang boleh membantu pelancongan mereka di sana disamping membantu ekonomi mereka di sana. Jika tidak, tiada sesiapa akan pergi ke sana. Justeru, Saudari Amie Sofea menyeru kepada semua jika diberi peluang sebegini, maka perlu menolak terlebih dahulu pergi ke negara-negara lain, dan mengutamakan untuk pergi ke Gaza. “Kita melancong, dan belajarlah daripada pengembaraan.”seru Amie Sofea lagi.
Major in Policy & Management
Minor in Biology
Faculty of Science
University of Malaya