Ketua Beliawanis PEMBINA UIAM rangkul anugerah Pemimpin Kelab Terbaik (Wanita)

Ketua Beliawanis PEMBINA UIAM rangkul anugerah Pemimpin Kelab Terbaik (Wanita)

Kuala Lumpur, 5 Mei – Ketua Beliawanis PEMBINA UIAM, Najiyah M Zain dinobatkan sebagai Pemimpin Kelab Terbaik kategori Wanita.

Beliau telah menerima anugerah tersebut dalam majlis STADD Activity Awards 2015 anjuran UIAM semalam.

Ditanya tentang motivasi kepimpinan diri, Najiyah berkata bahawa beliau berpegang pada pepatah arab yg menyatakan ‘Orang yang tidak ada apa-apa, tidak dapat memberi apa-apa’.

Beliau yang juga berimpikan untuk memimpin masyarakat turut mengambil langkah serius membina kemahiran kepimpinan dan komunikasi diri melalui latihan ketokohan anjuran PEMBINA.

“Walaupun pada awalnya saya rasa saya tak mampu, tapi saya percaya, untuk memimpin ummah saya perlu tampilkan model kepimpinan islam di mata masyarakat.

“Oleh itu, saya berusaha menolak diri saya untuk tampil ke hadapan, mengikuti program ‘Bicara Daie’, sebuah program pengucapan awam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan PEMBINA Pusat dan menjadi salah seorang ahli Akademi Tokoh Beliawanis (ATB) kelolaan unit Beliawanis PEMBINA, jelas beliau.

Najiyah yang gembira dengan penghargaan ini turut menyampaikan pesanan dan harapan beliau kepada mahasiswa seluruh Malaysia untuk terlibat aktif dalam gerakan mahasiswa Islam di universiti.

“Saya berharap mahasiwa merebut peluang dan masa yg ada selama 3-4 tahun di universiti ini untuk beraktivisma bersama gerakan-gerakan Islam yg ada di medan masing-masing.

“Jadikan diri kita mahasiswa muslim yg bernilai dr segi intelektual mahupun sahsiahnya dengan acuan Islam agar dapat menyumbang kembali kepada islam.

“Saya.. saya telah memilih PEMBINA sebagai medan saya beraktivisma dengan cara islam yg sebenar…jadi, maei bersama saya dalam PEMBINA, kita meneraju arus,memimpin mahasiswa!”, pesan beliau kepada mahasiswa secara umumnya.

PEMBINA UIAM Najiyah Zain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top