Pada 26 Mei 2015, pihak berkuasa telah menghantar pulang ‘aktivis demokrasi’ Joshua Wong sejurus tiba di lapangan terbang Pulau Pinang di dalam siri perkongsian pengalaman sosial dan demonstrasi di Hong Kong kepada belia-belia di Malaysia. PEMBINA menyokong tindakan tegas pihak berkuasa menghantar semula Joshua Wong kerana mempercayai bahawa kehadirannya ke Malaysia mempunyai agenda tertentu. Lebih menyedihkan lagi, sebuah program anjuran Dubook Press dan Tukul Chetak telah menjemput aktivis Joshua Wong dalam sebuah program “Sarapan bersama Joshua Wong” di pejabat Dubook yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mei 2015.
PEMBINA sebagai persatuan belia yang membangunkan belia beragenda ingin mengetengahkan beberapa argumen kritis yang mendasari pendirian PEMBINA untuk difikirkan bersama supaya mampu untuk memahmi isu di atas dengan rasional:
-
Joshua Wong merupakan seorang pelajar berumur 17 tahun dan beragama Christian Protestan. Dia dikhabarkan telah memimpin demonstrasi Hong Kong pada tahun 2014. Dia mempercayai dan mempromosikan idea kesamartaan hak dan demokrasi merupakan ajaran Kristian dan ia boleh dicapai dengan menyebarkan asas ajaran kristian ini. Semenjak itu, dia telah menjadi sebuah figura yang diangkat oleh media-media barat seperti CNN, fortune Magazine, the TIMES dan lain-lain. Persoalannya, adakah idea yang sama ingin dipromosikan di Malaysia ini? Ataupun ia sebagai memberi inspirasi bagaimana cara untuk mencetuskan demonstrasi dan idea-idea revolusi pendemokrasian yang boleh memberi peluang campur tangan barat ke atas keselamatan Negara?
-
Hakikat bahawa kebanyakan revolusi di serata dunia adalah merupakan perancangan yang dicaturkan demi kepentingan barat khususnya Amerika Syarikat (AS) terutamanya dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan hubungan serantau. Sejak daripada tahun 1974 dengan nama Carnation Revolution, Yellow Revolution, sehingglah tahun 2010 seperti Lotus Revolution, Green Revolution dan Jasmine Revolution, hampir kesemuanya yang berjumlah 19 buah revolusi ini mempunyai percaturan dan campur tangan AS. Campur tangan ini dijayakan melalui agensi dan proksi AS seperti National Endowment for Democracy (NED), Asia Foundation, Eurasia Foundation, USAID, NDI dan IRI. Hampir 30 tahun agensi-agensi ini telah campur tangan dalam menentukan keputusan politik negara-negara lain.
-
Sememangnya revolusi ini dimulakan dengan meletakkan proksi anak muda sebagai ikon demonstrasi kecil-kecilan yang akhirnya membawa kepada revolusi besar-besaran. Idea yang dicaturkan oleh anak muda seperti Mohamed Bouazazi yang membakar diri sendiri di Tunisia, kini cara yang sama digunakan terhadap ikon Joshua Wong dalam demonstrasi Hong Kong 2014. Mereka telah diposisikan dengan baik oleh media antarabangsa melalui kata-kata dan ucapan mereka yang beremosi dan bermainkan sentiment kesedihan akhirnya telah telah mendorong anak muda yang lain untuk bangkit dan melawan ‘kezaliman’.
-
Disebalik kebangkitan dan revolusi anak muda tersebut yang kononnya berjuang di atas nama demokrasi dan hak rakyat, demonstarsi Hong Kong atau nama lainnya Demonstrasi Payung telah digerakkan oleh gereja dan penganut kristian daripada mazhab Protestan dan Katolik. Gereja telah menyediakan tempat-tempat tidur, mengadakan aktiviti agama di tapak demonstrasi bahkan mengagihkan 1000 buku roti kepada para demonstran. Kewujudan institusi Chinese Patriotic Catholic Association (CPCA) yang merupakan sebuah badan agama Kristian di bawah kerajaan yang menaungi kesemua mazhab Kristian menjadi tanda tanya samada benarkah revolusi ini tercetus akibat daripada kebangkitan sebenar rakyat atau ianya digerakkan oleh kepentingan pihak tertentu.
-
Kewujudan CPCA juga merupakan kesan disebalik tindakan Kerajaan China yang tidak mahu tunduk di bawah kuasa Vatican. Akibatnya, Vatican telah melantik Hong Kong Catholic Bishop iaitu Cardinal Jong Tong sebagai ketua untuk memperkukuhkan peranan CPCA di Hong Kong. Persoalan mengenai hubungan Vatican dalam demonstrasi Hong Kong dan ikon Joshua Wong perlu diteliti dan dicermati kerana ia seolah-olah berselindung disebalik perjuangan demokrasi dan kemakmuran negara.
-
Peristiwa ini dilihat sangat hampir dengan pendedahan Iain Buchanan dalam bukunya “Sang Nila Utama and The Lion Of Judah”. Di dalam buku ini, beliau mendedahkan hasrat Dominionism iaitu hasrat China dalam usaha mewujudkan negara Kristian bercirikan sebuah negara sekular. Dalam masa yang sama menjadi negara pengeksport missionari terbesar menjelang tahun 2030. Justeru itu, tidak hairanlah demonstrasi atas nama demokrasi mempunyai hubungan mengabsahkan autoriti agama Kristian.
-
Ini merupakan perspektif asas yang perlu difahami oleh semua individu di sebalik perancangan entiti bernama Joshua Wong. Ia bukan sekadar satu revolusi sosial biasa atau bukan sekadar pressure group yang menginginkan keadilan politik. Justeru itu, apabila wujud pihak yang ingin menjemput Joshua Wong termasuk Dubook Press dengan kerjasama Tukul Chetak, ia merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan tidak cermat dalam menanggapi percaturan geopolitik.
-
PEMBINA menyeru para belia agar berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan agenda luar yang cuba dibawa masuk ke Malaysia lebih-lebih lagi agenda yang berbentuk subersif dan destruktif. Malaysia mempunyai identiti negara tersendiri berteraskan Islam sebagai tunjang dalam membentuk keharmonian masyarakat berbilang kaum. Seharusnya belia yang berpotensi besar dan menjadi pimpinan negara masa hadapan perlu dicorakkan dengan idea-idea yang mampu membina negara secara construktif dan bukan menjatuhkannya. Sifat hamasah (semangat) yang tinggi dalam diri orang muda perlu dipandu dengan baik melalui ilmu dan adab. Dengan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan tanpa penekanan adab, akhlak dan tasawur Islam yang baik hanya akan membentuk peribadi kerancuan otak dan sahsiah.
Persatuan Belia Islam Nasional
28 Mei 2015
Rujukan:
- http://thinkprogress.org/world/2014/10/12/3579154/why-christians-are-helping-lead-hong-kongs-pro-democracy-movement/
- http://www.globalresearch.ca/hong-kongs-umbrellas-are-made-in-usa/5409780
- http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/hongkong/11139904/Portrait-of-Hong-Kongs-17-year-old-protest-leader.html
- http://www.zerohedge.com/news/2014-10-01/us-secretly-egging-hong-kong-protesters
- http://www.globalresearch.ca/who-is-behind-regime-change-revolution-business-ngo-supported-by-wall-street-and-us-intelligence/5370229
- http://www.globalresearch.ca/colored-revolutions-a-new-form-of-regime-change-made-in-the-usa/27061
- http://www.huffingtonpost.com/2014/10/01/joshua-wong-christian-hong-kong_n_5909784.html
- http://www.pri.org/stories/2014-10-06/christians-take-prominent-role-hong-kong-protests
- http://landdestroyer.blogspot.com/2014/10/us-covers-up-support-for-hong-kong.html
- Buku “Sang Nila Utama and The Lion of Judah” tulisan Iain Buchanan