Kelas Bicara Daie anjuran PEMBINA dorong Muslihudin jadi juara Speech Contest

Oleh Aishah Addin

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ahmad Muslihudin Rozlan mencipta kejayaannya dengan kemenangannya mendapat johan dalam Speech Contest yang berlangsung pada 5 Mei yang lalu bertempat di auditorium utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Muslihuddin yang mengambil jurusan Kewangan Islam tahun tiga telah mengalahkan tujuh pesaingnya yang lain melalui kategori bahasa Melayu dengan menyampaikan pidatonya yang bertajuk ‘Kebebasan Kita’ yang menekankan beberapa isi penting seperti perjuangan palestin adalah perjuangan bersama, perlunya ummat Islam persiapkan diri dan kepentingan untuk menjauhi perkara sia-sia.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Al-Aqsa Friend Society ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan isu yang berkaitan dengan Palestin melalui pidato, lakonan dan lain-lain lagi.

Tidak menyangka kemenangannya dan memperoleh hadiah wang tunai, beliau berkata motivasinya untuk memasuki pertandingan ini bermulanya setelah mengikuti kelas bicara daie anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Beliau mengharapkan kepada mahasiswa untuk lebih cakna kepada isu palestin. “Mahasiswa perlu ambil tahu isu Palestine dengan lebih serius” ujarnya.

Kelas bicara Daie anjuran Pembina dorong Muslihudin jadi juara Speech Contest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top