Jangan hilang momentum

Bismillah.
 
Saya kurang pandai menulis artikel apatah lagi petah berbicara. Tapi ada sesuatu yang ingin dikongsikan, moga sampai maksudnya. Insya-Allah.
 
Saya masih ingat sebuah gambar kenang-kenangan di tahun 2006 yang terpampang beberapa pemuda pemudi bersama pimpinan Belia yang diketuai Dr Kamil mengadakan Seminar dan Daurah Belia sempena penubuhan PEMBINA. Seakan terbayang semangat dan visi yang sarat di wajah masing-masing. Semuanya bekerja keras sehinggalah PEMBINA berjaya didaftarkan secara rasmi.
 
Masa berlalu begitu pantas. Kepimpinan PEMBINA bersilih ganti dengan karektor dan karisma yang tersendiri. SehinggalahPEMBINA mampu berdiri seperti hari ini. Lebih tegap dengan pengalaman dan jiwa-jiwa baru. Bilangan pemuda dan pemudi yang bersama PEMBINA bertambah berkali ganda dari bilangan yang ada di dalam gambar di tahun 2006 itu. Semuanya datang dari Allah dan pujian milik Allah jua.
 
Suatu hari yang hening di saat manusia berkumpul di Dataran Merdeka untuk Duduk Bantah di BERSIH 3.0, saya duduk tekun mengemaskini data takungan PEMBINA untuk perkembangan capaian, mutabaah dan usrah untuk kawasan saya. Subhanallah! sedikit lagi bilangan takungan yang sudah mengenali PEMBINA melalui program2 hampir mencecah 1000 orang (2010-2012). Pertambahan mendadak untuk setiap peringkat, saya syukuri dan insafi. Yang mahukan Usrah juga bertambah-tambah membuktikan ramainya manusia yang dahagakan tarbiah. Ini baru bulan April 2012. Itu baru data beliawanis, bilangan belia pun ramai. Ini belum daftarkan PEMBINA di UiTM Shah Alam lagi. Ini baru di Shah Alam. Bangi lagi ramai. Semua cawangan pun pasti makin ramai yang mengenali dan menjadi ahli PEMBINA.
 
Bahkan, sekarang PEMBINA sudah tampil di media-media massa menyampaikan pandangan dan kritikan berkenaan isu semasa yang pelbagai. 
 
Pendaftaran PEMBINA di IPT secara massive
Penonjolan tokoh-tokoh yang hebat-hebat. Subhanallah! 
 
Saya merenung jauh 5-15 tahun akan datang. dengan momentum PEMBINA sekarang, saya optimis PEMBINA akan mengetuai semua Persatuan Belia Islam dalam menyampaikan dakwah dan meneraju agenda pembangunan jati diri Belia suatu hari nanti. Wah! makin ramai belia yang cintakan Islam. Makin banyak masalah sosial akan diselesaikan. Di mana-mana pun hatta perkampungan orang asli akan mengenali PEMBINA yang membawa agenda yang murni. Saya yakin semua ahliPEMBINA menyimpan hasrat yang sama. Dan masa akan mengganti wajah-wajah kita dengan wajah-wajah baru.
 
Masa berlalu dan tiba di musim peperiksaan. Bahang lambakan test dan assignment mula terasa sikit demi sedikit. Program yang diamanahkan masih ada yang harus dilaksanakan. Semangat yang berkobar bukan malap, cuma mengalami gerhana.
 
Justeru, saya teringat sepotong Hadith Rasulullah s.a.w yang membuat saya insaf.
 
 إن لكل عمل شرة وإن لكل شرة فترة فمن كانت فتره إلى سنتي فقد أفلح ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك 
 
Mafhum: “Di setiap amalan ada waktu bersemangat, dan di setiap waktu bersemangat ada waktu Futur. Barangsiapa ketika futur di atas Sunnahku, Maka dia telah mendapat kejayaan dan barangsiapa ketika futurnya di atas jalan selain dari itu, binasalah dia.” Hadis Riwayat Al Bazzar.
 
Maka, kerja-kerja kita ini menuntut semangat nafas panjang. Ia memerlukan sistem sokongan yang strategik dan kukuh. Pembentukan potensi baru dan kepimpinan yang berkualiti terutama golongan belia haruslah berkadar langsung dengan masa. 
 
Oleh itu, jika kita kadang-kadang sibuk dengan tugasan-tugasan teknikal, jangan terlupa amanah paling penting, tugasan asasi menyentuh hati, merawat penyakit ummah (ikhwah akhawat terutamanya) melalui pembinaan syakhsiah islamiyah mutakamilah agar menjadi PEJUANG yang sarat sifat seorang rijal, tersusun urusannya, kreatif dan tahan lasak yang akan membawa impian ini 20-50 tahun akan datang, sehingga tertegak kalimah Allah.
 
 
dan tugasan asasi ini hanya akan berlaku dengan hadirnya jiwa-jiwa kita yang tetap tabah dan thabat membantu ikhwah akhawat untuk thabat. Sebab kita full-time daie.
 
“……Dan Allah akan menyempurnakan cahayaNya.” 
ditujukan pertamanya buat bebola mata saya yang pertama sekali membacanya.
 
wallahua’lam
 
Penulis adalah Saudari Khairunnisa Mazlan, Jawatankuasa Aktivisme Mahasiswa (JKAM) PEMBINA Shah Alam.
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top