Ahli PEMBINA perlu lakukan anjakan paradigma untuk mencapai matlamat 2012

Johor, 14 April 2012- Jaulah wakil JKP ke Johor yang diwakili oleh Ustaz Salman, Saudara Uzair dan Saudara Aiman adalah bertujuan untuk menyampaikan aspirasi Jawatankuasa Pusat kepada Jawatankuasa Cawangan dan pimpinan mahasiswa PEMBINAย dari UTM, Skudai dan UTHM, Batu Pahat.

Kunjungan kali ini merupakan kunjungan tahunan kali ketiga dihadiri oleh Ustaz Salman,dan beliau mendapati kehadiran ahli Jawatankuasa Cawangan pada kali ini berganda bilangannya berbanding kunjungan-kunjungan lepas.

Ketua Cawangan, Dr Yazid Yahaya di dalam ucapan alu-aluan dan pembentangan pencapaian cawangan di Pejabat PEMBINA Johor, Taman Setia Tropika telah menyatakan komitmen cawangan dalam menyahut seruan pusat untuk melahirkan tokoh mahasiswa PEMBINA dan azam PEMBINA Johor untuk mengambil posisi meneraju arus mahasiswa di negeri Johor.

Menurut Ustaz Salman,ahli PEMBINA mempunyai potensi dan peranan yang besar, yang perlu dicurahkan di medan mahasiswa kampus. Pun begitu, ahli dan persatuan PEMBINA secara keseluruhannya perlu melakukan suatu anjakan paradigma untuk menjadikan PEMBINA lebih dekat di hati masyarakat mahasiswa dengan membuang sikap ekslusiviti dengan mentransformasikannya kepada mesra mahasiswa dan belia.

Tambah beliau lagi, ahli-ahli dan pimpinan PEMBINA perlu menggunakan apa sahaja pendekatan dan sumber yang mungkin untuk memenangi hati komuniti mahasiswa agar idealisme PEMBINA dapat disampaikan dengan berkesan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top