Azril Hanafi merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak. Selepas menamatkan zaman persekolahan, beliau telah melanjutkan pengajian tertiari pertamanya di Universiti Multimedia, Melaka.
Di Melakalah, bakat kepimpinan beliau diasah dan menyerlah. Di MMU, perjalanan kepimpinan beliau telah melonjak apabila telah dilantik sebagai Setiausaha Agung, Majlis Perwakilan Pelajar (Student Representative Council).
Di antara pencapaian lain aktivisme beliau di zaman pengajiannya adalah menerima Anugerah Bisnes Kreatif 2003 Universiti Multimedia, Melaka. Pada tahun 2008, beliau telah menyertai Delegasi Lawatan & Kajian Antarabangsa (DITAR) MMU 2008 Kuala Lumpur-Singapore-Melbourne dan berperanan sebagai Ketua Bahagian Tajaan.
Setelah tamat pengajian Ijazah Pertama, beliau telah kembali berkhidmat di Universiti Multimedia, Kampus Cyberjaya sebagai Jurutera Sistem di Unit Network & Telekomunikasi. Beliau telah menerima beberapa sijil kemahiran siber dan sistem komputer.
Beliau turut memainkan peranan yang besar di dalam Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sejak bergelar aktivis persatuan tersebut. Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pusat PEMBINA dengan portfolio sebagai Ketua Jawatankuasa Media & Penerbitan Pusat. Pada tahun 2012, beliau telah terpilih menjawat posisi Timbalan Presiden PEMBINA sehingga kini.
Beliau telah mewakili suara rasmi PEMBINA di dalam beberapa penampilan media antaranya dua slot MobTV membahaskan topik semasa โWajarkah Pelajar Berdemonstrasi?โ dan โPRU13 : Pilihan Raya Media Sosial?โ. Baru-baru ini, beliau telah dijemput untuk menjadi moderator mengendalikan forum di Simposium Mendepani Agenda Asing anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).