Hukuman RM25 tidak relevan

Hukuman RM25 yang dikenakan kepada pesalah atas tuduhan melakukan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.di bawah akta Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

PEMBINA berasa kesal dengan hukuman yang tidak setimpal dikenakan kepada si pesalah memandangkan nilai hanya RM25 adalah nilai yang sangat sedikit sedangkan mereka boleh menerima bayaran sehingga RM250 dalam masa 10 minit. Hukuman yang benar-benar setimpal harus dikenakan terhadap perbuatan yang sangat keji ini, ditambah dengan persembahan yang menghairahkan bahkan berpakaian sangat seksi. 

PEMBINA juga mahu hukuman yang keras dan setimpal ini juga perlu dikenakan kepada pengusaha premis dan servis tarian, pengunjung yang beragama Islam yang mengunjungi premis tarian ini dan pihak-pihak yang mengeksploitasi wanita sebagai objek seks sama ada untuk mengaut keuntungan mahupun untuk memuaskan nafsu. Kesemua perbuatan ini dilarang keras oleh agama Islam.

Dengan itu, diharapkan pihak berkuasa agar mengambil tindakan serius termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada pengusaha premis seperti menarik balik lesen perniagaan dan hukuman yang setimpal dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada penari-penari tiang agar selepas ini mereka yang beragama Islam tidak lagi berani melakukan aksi ini lagi. Diharapkan dengan hukuman tersebut, mereka benar-benar insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada mereka yang benar-benar bertaubat.

Akhir sekali, PEMBINA juga menyeru kepada golongan beliawanis supaya mengukuhkan pegangan agama dan jati diri serta memelihara maruah diri. Masyarakat juga harus mempertingkatkan usaha memberi kesedaran kepada anak-anak gadis agar tidak terjebak dengan gejala-gejala yang merosakkan diri demi hidup mewah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top