Ambil Peluang Promosikan Persatuan – Presiden PEMBINA

PUTRAJAYA, 29 Mei 2011 – Presiden PEMBINA Norzafry Norhalim telah menutup booth pameran PEMBINA di Himpunan Sejuta Belia pada Ahad malam. Booth tersebut telah dibuka selama 3 hari sepanjang karnival gilang-gemilang itu di Putrajaya.

Dalam ucapannya Presiden PEMBINA itu meluahkan rasa teruja dan tertarik dengan booth PEMBINA yang sarat dengan aktiviti mesra-belia yang mampu menarik golongan itu untuk berkunjung. Beliau lantas mengucapkan terima kasih kepada para petugas PEMBINA yang bertungkus-lumus menjayakan booth tersebut. Beliau menyeru semua ahli PEMBINA untuk merebut peluang-peluang seperti program Himpunan Sejuta Belia ini untuk meluaskan capaian promosi dan maklumat mengenai PEMBINA kepada golongan belia.

Bagi pihak PEMBINA, Norzafry turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia & Sukan dan barisan penganjur yang memberi peluang untuk PEMBINA membuka booth di Himpunan Sejuta Belia.

Booth PEMBINA telah diisi dengan aneka macam aktiviti seperti kuiz, teka silang-kata, persembahan nasyid, tazkirah jalanan, wawancara langsung, serta bermacam-macam permainan. Pelbagai hadiah juga telah diedarkan sebagai penghargaan dan usaha mempromosikan PEMBINA. Sambutan belia terhadap booth amat menggalakkan sehingga ramai yang turut mengambil kesempatan mendaftarkan diri sebagai ahli PEMBINA.

Semoga PEMBINA akan terus maju dalam memacu aktivisme belia Islam di Malaysia.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top