Assalamualaikum w.b.t..
Selawat serta salam buat junjungan nabi Muhammad s.a.w. Semoga sahabat semua di bawah lindungan Allah s.w.t. Seminggu program Himpunan Sejuta Umat(HIMPUN) berlalu macam2 komen dan kritikan kita terima.Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya dari sudut mahasiswa tentang himpun yang telah dianjurkan oleh NGO-NGO Islam. namun, hal ini tidak menjadi ukuran kerana InsyaAllah, melalui himpun matlamat kita akan dapat dicapai. Saya kagum dengan komitmen yang diberikan oleh semua pihak. Terutamanya pihak penganjur dan umat islam yang hadir pada hari itu. Tidak lupa juga kepada Pembina Dungun yang brtanggungjawab membawa saya dan rakan2 yang lain menyertai program ini.
Sebagaimana yang kita tahu, isu pemurtadan di kalangan umat Islam oleh orang bukan Islam semakin berleluasa di Negara kita. Syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana mengambil pendekatan dengan mengadakan HIMPUN. HIMPUN hanyalah satu permulaan untuk selamatkan akidah umat. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita sebagai umat Islam yang prihatin terhadap akidah umat untuk menghentikan pemurtadan yang dilakukan oleh orang kristian. Oleh itu, saya mohon pada semua ayuhlah kita bersatu dan janganlah kita berpecah belah. Islam pada hari ini semakin tergugat kedudukannya.
Justeru itu, Jangan biarkan agama kita ditindas oleh pihak musuh. Dengan bersatu, kita dapat menentang pihak musuh dengan kekuatan yang ada pada semua umat Islam.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya dan rakan2 yang telah berpeluang mengikuti program HIMPUN yang diadakan. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami dalam keadaan selamat, sepertimana yang telah dirancangkan. Antara IPTA yang terlibat ialah UITM Dungun, Ranaco dan belia dari kemaman. Dukacita dimaklumkan bahawa UNISZA,IPG dan UMT dari Terengganu tidak dapat menyertai kami pada saat2 akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Dalam pukul 11 malam, 21 Oktober 2011 kami bertolak dari dungun ke Shah Alam dengan pengangkutan yang telah disediakan. Lebih kurang dalam 6 orang wakil Pembina Dungun mengiringi kami yang berjumlah kira-kira 40 peserta. Beberapa jam kemudian, lebih kurang pukul 6.30 pagi, kami telah sampai ke destinasi. Bas menuju ke dalam perkarangan masjid negeri. Setibanya di masjid, kami menunaikan solat subuh dan khidmat diri. Satu jam kemudian kami berkumpul dan mendengar sedikit tentang tentatif program yang akan dijalankan.
Selepas itu, bas yang membawa kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke kedai makan di sekitar Shah Alam untuk sarapan. Kemudian, kami berkumpul dan menaiki bas untuk menuju ke masjid kembali bagi aktiviti seterusnya. Dalam perjalanan, kami sempat menonton montaj mengenai isu murtad yang ditayang di dalam bas.
Setibanya di masjid, kami diberi tahu tentang aktiviti yang perlu dilakukan. Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menyiapkan tugas yang diberi iaitu membuat banner berdasarkan tema yang diberi sempena HIMPUN. Selepas menyiapkan tugas masing-masing, kami mengambil makanan tengah hari sebelum berangkat ke stadium Shah Alam. Dalam perjalanan ke stadium, selawat tidak putus-putus dialunkan semoga sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Setelah sampai ke perkarangan stadium, dengan semangat kami turun dari bas mengibarkan bendera Negeri Terengganu dan banner yang dibuat oleh kami semua. Sebelum memasuki stadium kami sempat bergambar.
Selepas memasuki dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh salah seorang kumpulan UNIC dan diteruskan dengan nasyid. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan beberapa ucapan para pemidato. Pidato yang disampaikan sangat menyentuh hati dan memberi kesedaran kepada umat Islam. Pidato yang telah disampaikan oleh mereka memberi kefahaman kepada semua umat Islam yang hadir mengenai tujuan utama HIMPUN diadakan. Setiap pemidato tidak lelah menyeru benda yang sama kepada semua umat Islam iaitu memohon semua umat bersatu tanpa mengira soal politik tapi atas nama Islam agar tidak berpecah belah kerana dengan bersatu, InsyaAllah Islam akan cemerlang seluruh dunia. Setiap pidato yang disampaikan penuh dengan semangat dan pengharapan kepada setiap umat Islam. Terbit keinsafan pada diri saat mendengar setiap kali lontaran yang dilontarkan kepada umat Islam agar bangun dari tidur dan bersatu menghadapi setiap muslihat daripada musuh yang menggugatkan agama Islam. Jelaslah menunjukkan bahawa keprihatinan semua pemidato yang sangat bimbang akan masalah pemurtadan yang melanda umat Islam pada hari ini. Tersentuh hati saya tatkala diberitahu bahawa Yang Berhormat Dr Hassan Ali dengan rendah diri mengingatkan pengerusi agar tidak memanggilnya dengan pangkat yang diberi malah memanggil hanya dengan namanya sahaja kerana menurut beliau, setelah beliau melangkah kaki dari rumah ke stadium, beliau datang sebagai seorang muslim untuk sama-sama menyelamatkan akidah umat Islam pada hari ini.
Program diakhiri dengan doa munajat yang dibaca oleh beliau. Doa yang dibaca oleh beliau memecah kesunyian di Stadium Shah Alam. Masing- masing mengamati tiap-tiap doa yang dibaca dengan penuh kusyuk dan ketenangan. Titisan air mata umat Islam merintih tatkala doa dibaca memohon pertolongan dan perlindungan oleh Allah s.w.t. agar umat Islam pada hari ini mempunya kekuatan untuk menghadapi musuh sepertimana kekuatan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat terdahulu sebelum kami.
Sebelum mengakhiri kata-kata saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai himpun. Sebagai mahasiswa, kita haruslah peka terhadap isu murtad yang sedang berleluasa di Negara kita. HIMPUN yang telah diadakan haruslah diberi sokongan kerana program ini telah dapat membuka mata dan minda kita. Sebagai mahasiswa kita haruslah mempunyai rasa tanggujawab terhadap agama, masalah yang melanda umat Islam pada hari ini bukan sekadar tanggungjawab NGO-NGO Islam malah merupakan tanggungjawab semua umat yang mengaku Islam termasuk kita sebagai mahasiswa kerana kitalah pemimpin umat Islam pada masa hadapan. Tunjukkanlah keprihatinan kita sebagai mahasiswa dalam menyelamatkan akidah umat Islam. Jika anda mencintai Islam dan ingin memelihara hak-hak orang muslim janganlah kita hanya berdiam diri dan selamatkan akidah umat.
Semoga anda semua berada di dalam rahmat Allah s.w.t.
http://pembinaterengganu.com/?p=1598
NUR AINA BINTI SULAIMAN
UITM Dungun,Terengganu