HIMMAH2.0 sasar 2000 orang dari seluruh negara

BANGI – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yakin sasaran untuk menghimpunkan dua ribu belia dan mahasiswa dalam program Himpunan Mahasiswa 2013 (HIMMAH2.0) 19 Oktober 2013  ini akan dapat dicapai.

Pengarahnya saudari Roszida Kamaruddin berkata ia akan menjadikan program sehari yang akan diadakan di Dewan Pusat Kesenian & Kebudayaan,UPM sebagai titik permulaan lahirnya pemimpin berwibawa dari kalangan belia memandangkan tema program kali ini adalah aktivisme dan kepimpinan.

“PEMBINA bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang penuh dengan aktivisme yang sihat dan bermanfaat kepada pembangunan agama, bangsa dan Negara di samping melahirkan pemimpin-pemimpin muda berani dan sentiasa kehadapan. PEMBINA khuatir semangat dan keberanian yang merupakan karakter utama belia dimanfaatkan dengan cara yang tidak benar. Dua aspek ini iaitu aktivisme dan kepimpinan merupakan elemen utama dalam membangun generasi muda,” katanya kepada wartawan media PEMBINA baru-baru ini.

Katanya himpunan tahun lepas dihadiri oleh 400 orang dan kali ini sasaran ditingkatkan kepada 2000 orang  bagi membolehkan lebih ramai yang mendapat menafaat dari program ini.

“Program ini akan menampilkan tokoh-tokoh pemimpin yang berwibawa, persembahan nasyid dan pidato yang bertenaga dan juga pameran-pameran gambar bagi meniup semangat dan kesedaran kepimpinan di kalangan peserta”

Saudari Roszida yang juga merupakan Jawatankuasa Pembangunan Organisasi PEMBINA berkata mengikut kajian, 6 juta belia di Malaysia celaru identiti dan terlibat dengan kegiatan yang merosakkan morak serta tidak berfaedah. Dan yang paling parah tidak jelas halatuju serta agenda dalam kehidupan. Maka harapan penganjur kepada peserta agar mampu membimbing mereka serta menjadi contoh terbaik buat para belia dan mahasiswa.

objektif himmah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top